Monday, May 18, 2009

Boat Arip


1995.....
gua tak ingat tarikh yang tepat. tapi masa tu gua memang rapat ngan Mamat dan Arip. Macam-macam minat yang pelik-pelik kami masa tu antaranya curi buku kat libary awam kat sitiawan, Kapoera(gua tak tau eja la, ala yang cite baranaway tu), Join silat, Dash yan kuro(zaman-zaman gua paham la apa yang gua tulis ni), Basket ball dan macam-macam lagi.


Tapi kali ni gua nak fokus tetang projek si Mega si Arip ni. Suatu hari Arip ada bawa Plan lukisan, gua tanya pada arip. lukisan apa ni? Arip menjawap, ini plan lukisan untuk menukar kereta kontrol kepada boat kontrol. Perkh, respek gile gua pada Arip sebab punyai ciri-ciri Mc Gyver.


Keesokan harinya projek itu bermula kat bilik Arip sehinggakan rumah Arip Black Out sebab wayar pintas melalui projek si Arip ni, sampaikan kitaorang kat bilik tu kene marah ngan bapak si Arip. Walaupun demikian atas keazaman serta motivate yang tinggi. Arip meneruskan juga projek tersebut secara senyap-senyap dari bapanya.


Arip memang mempunyai ciri-ciri Mc Gyver sampai alat-alat untuk menjahanamkan alatan elektronik lengkap dia ada.Kali ini dia projek kat rumah mamat pulak. Gua cuma perhatikan sahaja apa yang diaorang buat sebab gua memang bodoh gile dalam bab-bab elektronik ni. Sehinggalah projek kami ni siap. Gua tgk boat yang Arip reka cipta ni bentuknya macam belon pon ada, macam kereta accident pun ada, lantak la.


Arip kata esok dia nak lancarkan bot kawal jauh dia tu. semasa tiba hari pelancaran tersebut yang hanya menjemput budak-budak darjah 4, darjah 5 yang berminat. 9, 8, 7, 6, 5,4, 3, 2,1, Switch on... Tiba-tiba memang fantastik ciptaan Arip tu sebab lampu berkelip-kelip, mengeluarkan cahaya yang bersinar-sinar, serta gimik Asap yang menyelubungi efek boat tersebut.


Lu tau apa jadi? Boat Kawalan Jauh Arip tadi telah bertukar kepada Boom Kawalan Jauh. Kini Arip telah berpindah ke Sabah dan gua dengar dia berkerja dengan syarikat perkapalan(gua dengar-dengar aje, betul ke tidak gua tak pasti). Lu terfikir tak kalo si Arip tadi handle pembuatan boat pelancongan, apa yang akan terjadi pada boat perlancongan tu? Lu pikir la sendiri.


Arip kalo lu baca post gua ni, jangan marah kat gua sebab sumbangan cerita tambahan yang gua nak tulis ni adalah sumbangan mamat.Sejak Hari itu si mamat ni pun Phobia terhadap boat kontrol.

2 komen opah kamu:

SM Shahrom said...

berlinang air mate aku membacenye...terkenang aku pada mamat yang special edition ni..

Abang said...

Gua rasa mcm kenal Arip ni.. Tp elok dia keje bot pelancongan, boleh dia buat roket tangkis serangan lanun... Dan jgn lupa sorg lagi member kita buat projek elektronik sampai berasap (Yeop)..

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket