Wednesday, May 20, 2009

Member KL Call Gua


Hari ni gua penat beyul pasal keje... rasa malas nak tulis blog ni. tapi tadi ada course mate gua telepon gua. Macam tak caya je gua dia telepon gua sebab dah lama sangat kami tak jumpa. last jumpa dia dalam tahun 2007.


itu pun gua jumpa dia kat sunway pyramid. dah kebetulan gua jalan-jalan kat sana. Gua panggil dia Fay. Dia ni memang sporting gila. Dia dah kawin sekarang, lebih lama dari gua kawin tapi senasib ngan gua jugak sebab hanya mempunyai anak tekak.


Gua belajar last kat Uitm Arau Perlis dulu. Ala cukup-cukup nafas je. Fay ni keje bank tapi buat PJJ kat shah Alam , Respek, respon, Relax(3R) gua tgk fay ni. Masih ada naluri study dalam diri dia.


Gua bukan tak de hati nak belajar beb. Tp dengan kerja gua yang macam haram jadar sibuknya, membataskan naluri study gua. Kalo lu tak percaya lu bole tanya Abang Terer. Sebab dia pun macam gua jugak sentiasa sibuk daripada yang tersibuk.


gambar kat atas tu adalah gambat masa budak-budak batch gua pegi berkhemah serta mandi manda kat air tejun lata bayu kedah. memang best gile masa tu.(pompuan yang sangkut tuala kat bahu tu la Fay, Member gua yang cun).

Okay la, gua better belah dulu sebelum gua menggarut dengan lebih mendalam lagi. Hari ni gua tulis untuk lepaskan gian gua je.. ok la.. bubbye dulu..

2 komen opah kamu:

SM Shahrom said...

My Question is>
1. Ape tujuan Fay tepon ko?
2. Gambo ko yang mane satu, yang kat belakang tu ke?

Abang Terrer said...

Soalan ketiga:

3) Nape gmbr tu kabur/gelap?

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket