Monday, May 18, 2009

Bangun Lewat


Hari ni gua bangun lambat, best betul. Semalam gua tido lambat lepas gua tgk final af7 ngan mak cik gua gua sambung lagi tontonan gua melalui cerita pelayaran seorang lanun kat TV3, cite tu nampaknya macam best, gua layan sampai 1 jam dah, tapi iklan punye la banyak. Tiba-tiba, gua yang jadi lanun tu.


Rupa-rupanya gua dah masuk ke alam mimpi.Ntah bila masa gua tertido pun gua tak perasan, hampeh tull. Cerita tu memang best Russel Crow pulak tu yang berlakon. Gua kira respek jugak kat russel crow melalui citenye seperti Beutiful Mind, Gladiator,.. cite dia memang best-best.
Sedar-sedar gua terdengar bunyi lesung batu dalam pukul 4 pagi. Cite Lanun tadi dah bertukar kepada cite Melayu dah, apa ntah tajuk cite tu? Epilog Pak Imam Zainal kot tajuknya. Adik ipar gua tgh nak masak sarapan utk pergi kerja. biasa la orang keje kilang ni pagi-pagi buta dah bangun. tak macam aku keje gomen ni.


Gua sambung tido dalam bilik pulak, gua layan tido sampai pukul 10 pagi. memang melampau tul tahap tido gua ni. bila gua bangun dari tido ni gua tak tau nak buat apa hari ahad ni. nak publish kan post internet tak ada, so gua buka notepad taip dalam notepad dulu.


Gua rasa macam nak pergi tgk wayang je tapi kat johor ni wayang paling dekat pun 40KM, kalo kampung gua cuma 40 langkah je dari rumah. Kat johor ni tiket dah la mahal, sekali nak tgk wayang, lu kene sediakan paling tidak RM50(tiket untuk 2 orang RM22 + minyak Kete RM30 = RM52). Degan keadaan tgh bulan ni, gua telah istiharkan kemuflisan gua buat sementara waktu dulu.

1 komen opah kamu:

Abang Terrer said...

Fuh semangat lu sanggup tulis dlm notepad dulu tu... Caya la...

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket