Dah beberapa hari ni gua asyik cerite pasal tentera je.. rasa muak la pulak.. kali ni gua nak tukar cerita pulak orang awam yang ala-ala tentera sikit. diaorang ni ditugaskan sebagai nak latih bebudak supaya jadi orang baik, tapi bole baik ke diaorang? Ntah gua sendiri pun confius??
Gua pun malas nak cerita panjang pasal jawatan diaorang ni sebab isu diaorang boleh dikatakan sedang hangat dipasaran macam laptop murah, mesti berpusu2 orang nak beli. Nanti tak pasal2 Blog Gua yang brutal ni ke Block plak. cuma gua nak cerita pasal kegiatan diaorang ni.
Diaorang ni tengah diberi misi menyelamatkan sesorang didalam hutan (konon-konon je). so mereka tgh baca peta, tapi hampehnye diaorang tersilap baca peta so tersadai kat satu tempat tapi nasib baik diaorang bawa air sirap. so bole la minum2 sekejab. bukan setakat air sirap. nasi berlauk pun diaorang bawak.
Memang hebat diaorang ni, tentera pun tak dapat lakukan apa yang diarang sedang buat ni. last2 kerana terlalu lama sangat orang yang sepatutnya diselamatkan tu maka, orang tu sendiri pergi cari team dia sebab perot pun dah keroncong untuk join makan sekali. lauk ayam masak asam pedas tu...
0 komen opah kamu:
Post a Comment