Saturday, May 16, 2009

Pesanan Kepada Peminjam Kereta Gua


Hari ni hari sabtu, dengan penuh kobaran gua datang ke tempat keje gua dengan niat dan cita-cita brutal gua untuk buat keje yang gua tak dapat siapkan semalam. Gua bukannya malas sangat tp kerana terlalubanyak pemangsa subversif yang menghalang niat baik gua untuk habiskan kerja semalam.



gua sampai tempat keje kul 10.30pg, kebetulan time ni time minum pagi, so gua lepak dulu dengan rakan sekerja gua untuk freshkan minda dengan aspek-asper sinikal iaitu mengumpat, mengutuk, campur-campur cite 18sx sikit. tiba-tiba rakan gua si zaiton nak pinjam kete gua pulak, gua bukan kedekut tapi masalahnya banyak baju kotor gua dalam kereta tu termasuk aspek dalaman yang terpenting sekali = "Spender".



Dia kata tak kisah, gua kata gua pun tak kisah janji lu sanggup angkat sendiri spender gua tu. Gua ingatkan jawapan si Zaiton ni mesti dah surender nak pinjam kete gua tapi nampaknya aura brutal gua telah menyerap kat dia juga sebab dia tetap nak pinjam.



Gua pun lantakkan je la janji gua punye tangki kereta tu tak kering.borak punye borak di samping mencuri merokok disudut buta sb kawasan keje gua ni ada CCTV, so tak bole open Smoking nanti kene saman. tak sangka dah pukul 12 tghr pulak, dengan penuh kesabaran gua pun tunggu lagi 1/2 hour utk stay for lunch. After lunch baru gua masuk pejabat.



pejabat baru bukak, so dengan keadaan yang berbahang ni, gua on dulu Air cond sebelum buat keje. air cond pulak lambat sejuk, apalagi gua relax lalu taip post untuk post akan datang, tiba-tiba si Zaiton tu call mintak kunci kete sebab dah tunggu kat kete gua. Dengan kebrutalan yang gua ada jangan harap gua nak hanta kunci kereta gua. So merangkak la si zaiton ke opis gua merayu-rayu mintak kunci dari gua..


masa gua nak bagi dia kunci kete gua tu, gua kene ajar cara-cara menggunakan kete gua dulu, manualnya seperti dibawah:


1. Buka window memang senang, tapi nak tutup balik kene support tarik ngan tangan. kalo tak boleh jugak kene cabut suis power window tu pastu kene gerakkan wire baru jalan balik power window tu.


2. Pintu Kene kunci secara manual, tak boleh pakai Kunci.


3. Kalo tak reti nak on radio, jangan on sebab hanya gua je yang reti nak on radio tu sebelum lu orang menjahanamkan radio gua sebab tak tau nak on nye..


4. Kalo ada bunyi bising macam tikus kat asober belakang tu, lu pekakkan je la telingga. Hanya gua je reti hilangkan bunyi tu (Gua hilangkan bunyi tu dengan bukak radio kuat2, gua tak dengar bunyi lain dah hanya lagu yang best-best je)


5. Minyak kereta hanya bole jalan sejauh 1 km sahaja, so better lu org isi full terus.


6. Dengan keadaan baju yang bersepah, spender-spender, botol-botol, tin-tin, kotak rokok. lu pandai-pandai la susun sebab itu memang decoration kereta gua.

1 komen opah kamu:

Abang said...

Susahnya manual kete lu... bawak kete kebal pun senang lagi hihi...

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket