Thursday, May 14, 2009
Genap Setahun
Di hening petang yang sayup-sayup kehitaman, gua baru terfikir yang gua dah berada di negeri johor ni 1 tahun 1 hari dah... besok hari jadi mak gua, rasa macam nak terbang je balik sitiawan untuk menyambut harijadi mak gua. (cis, dulu masa duduk selangkah je ngan mak pun, jangan harap nak sambut nak ucap pun kedekut air liur).
Tapi dengan kesabaran dan kebrutalan gua, terpaksa la gua meraung2, menangis, teriak macam orang gila sebab tak dapat balik kampung. Mak cik(bini) gua pun dah malas layan kerenah gua ni. So terpaksalah gua menghabiskan kredit telepon gua yang tinggal RM1.90 untuk cakap ngan mak gua.
Sempat cakap selamat hari jadi pun jadila dengan kredit RM1.90,
sini gua tunjukan 15 dalil kenapa kredit gua tinggal RM1.90 :
1. Terpaksa telepon kontrak gua, kerana servis mereka yang hampeh.
2. Telepon opis gua yang hanya dimonopoli oleh ketua kerani gua. Ibarat telepon berakar ditelinga.
3. Kalo Bird(budak Pengkid) call gua, mesti suruh call dia balik.
4. Rasanya last top up 2 bulan lepas.
5. Tak de duit kecik nak top up.
6. bila dapat top up, Mak cik(bini) gua suh share top up ngan dia.
7. terdail tanpa disedari.
8. Mak gua call kata ada urgent suh call balik.
9. Member opis buat2 alasan bini nak beranak untuk pinjam hs untuk buat call.
10. Melayan mesej sebanyak 80 mesej sehari.
11. Caller rington dengan suka2 hati mak bapat dia potong kredit gua bila gua top up.
12. Gua tersalah hanta sms. nak hantar sms terhanta mms.
13. Ada janda mulut bising kat tempat keje gua asyik ajak sarapan pagi kat warong. ( ada kene mengena ker??)
14. Gua selalu buat2 terhantar mesej kat awek yang baru gua kenal utk ngorat.
15. Gua dah memeng tak de duit nak top up pun, sengkek habis tgh2 bulan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen opah kamu:
patut le tak dapat call aku..credit abih rupenyer...
jalal ko pakai line lagi murah...aku skarang dah pakai line dalam sebulan tak sampai 50 pun...
Betul.. aku pakai line gak, murah je errr... RM 120.. sbb join dgn wife aku...
Post a Comment