Saturday, May 30, 2009

Tanggo Kilo


Gua rasa minggu ni gua akan diturunkan gaji sebab tak sempat tulis blog.. gua memang sibuk betul minggu ni. banyak bende gua nak uruskan. kesibukan gua bekerja yang sentiasa kehulu dan ke hilir membuatkan gua penat.


Bila ada member2 gua yang nak macam2 time gua sibuk memang on de spot gua belasah kat situ jugak. Gua sebenarnya malas nak guna walkie talkie, tapi sebab malas nak berjalan, berlari, lompat, terjun, akrobatik so gua gunakan walkie talkie je nak kontact.


nak guna walkie talkie ni kene ada caranya.. ikuti contoh bualan gua dalam waalkie talkie.


Gua: Haidir.. Logistik masuk! Haidir... Logistik Masuk!


Haidir : Kirim...


Gua : Tolong bacakan streng opis pada aku untuk hari ni..


Haidir : W=193, WW 136 Terima?


Gua : W=193, WW =136 betul?


Haidir : Betul...


Gua : Terima... Tanggo Kilo.. Habis..


Haidir : Tanggo Kilo kembali...


Gua dah buat kajian terperinci dah.. Suara yang paling popular keluar dari walkie talkie adalah suara Timbalan bos gua.. agaknye Walkie talkie dah berakar kat mulut dia kot.. tapi semenjak sebulan lalu setelah dia kursus.. gua pulak telah ambil tugasnya.. nampaknya walkie talkie tu bakal berakar kat mulut gua pulak..


Sunday, May 24, 2009

Heroes Season 3


Sebelum gua balik Sitiawan 1 mei hari tu gua nak umumkan betapa bangganya gua telah membeli DVD Series Heroes season 3 full episode. Sebelum gua tengok, gua telah menyebarkan sms berantai yang gua telah membeli vcd heroes tu kepada member-member gua.

Gua telah berlagak dengan bangganya kerana gua la orang pertama di sitiawan tu dapat tgk cite heroes tu. Sampai je kat sitiawan, dengan penuh bersemanggat tanpa mandi atau tidor gua pun menyaksikan cerita heroes tu.

Perkh.. Cite dia memang best sebab banyak yang kita tak jangka sambungan daripada season 2 dulu.. setelah 4 episode gua tgk iaitu bersamaan 1 cd. Bila gua pasang je DVD 2, x bole baca.. Gua betul2 hangin 1 badan. Gua pasang DVD 3 Pun macam tu juga. DVD terakhir pun macam tu jugak..

Cilakak punye si penjual DVD haram.. hanggus duit gua 20 hengget tu... Beli Cikaro lagi baik(jangan tiru aksi 18sx gua ni). Sampai je johor gua cuba tukar tapi malangnya kedai DVD tu tutup, mungkin ada rush kot haritu.. Hampeh tul..

Gua tak kan berputus asa.. Gua akan pergi lagi kedai tu untuk tuntut hak asasi gua... tapi yang gua kesal.. kebanggaan gua di kalangan member2 di Sitiawan telah jatuh... punah reputasi gua. Gua baru je nak jual kat mamat atau abg terer ker.. Nampaknya x de harapan dan tak de bakat nak jadi penjual DVD haram.
Gua kalo dapat power macam Hiro tu pu dah cukup.

Hadiah Expire



Dihari-hari yang memalaskan ini, gua lepak lagi ngan mak cik gua kat umah wak dol. di saat yang penuh keboringan gua mencari cerita terbaru untuk post gua. So gua snap satu gambar untuk tontonan umum bukan 18sx tau...

Gua snap gambar hadiah-hadiah kawin gua kat bawah meja solek mak cik gua. dah setahun hadiah2 tu kat situ. Gua pun tak tau nak buat apa. koleksi pinggan mangkuk yang paling banyak sekali. Agaknya diaorang ingat gua ni mangkuk berayun kot. Gua rasa baik la diaorang bagi gua duit cash, tak pun.. bagi kete sebijik ker, Flight satu ker, banyak jugak paedahnye.



Yang gua paling konpius, ada yang bagi penimbang tepung kuih, kalo bagi penimbang berat badan ada la juga paedahnya. mungkin diaorang nampak impresion gua sebagai pembuat kuih raya kot. Kalo ye pun, jangan harap gua nak bagi diaorang kuih free time raya nanti.

yang gua dah snap ni hanya sebahagian je sebab yang lain gua dah bungkus balik untuk bagi balik sebagai hadiah perkahwinan member2 gua termasuklah hari kawin Abang Terer tahun lepas, hihihi...(gua dah kantoikan heheh).

Jadi sesapa yang nak hadiah free dari gua, bolehla melawat gua di rumah Wak Dol Burung Hantu sini..

Saturday, May 23, 2009

Kawad Cam


Gua dah ngatuk giler sekarang.. tapi sempat baca blog minah brutal tadi namanya penagih ayam goreng. gua tgk macam best je dia pun blog. asyik baca hilangpunca punya blog je... dah makin hilang punca gua nampaknya...




zzzzzzzzzzzzz.... 1 jam......




tertido pulak kejab.... ada sesapa tak yang ada antidot untuk memulihkan penyakit gua ni dari menulis blog? kalo ada tolong bagitau gua key...




gambar kat atas tu adalah rakan-rakan sekerja gua, barisan atas bermula dari kiri adalah Qis, Muz, Pipah, Aminah dan Abu. Manakala bariran hadapan adlah dari kiri bert, Mazni, Zaharah, Yus, Kak Nab dan Lan.




Dia orang ni semua memang sporting.. Bila jumpa bole borak2, gurau2, terajang2, belasah on de spot, flying kick, ... dan macam2 lagi.. Bert ni selalu gua bagi penumbuk kat bahu sekali sebelum mulakan coversation ngan dia. Kalo ngan lan, kene cakap dekat2 ngan dia sebab dia ni rabun tahap gaban, silap2 dia boleh bercakap dengan dinding.



si Pipah pulak, sentiasa cari butang Baju abang jamil tak jumpa2(PAh... Butang baju abang mana Pah...), Yus pulak member selalu ngeteh ngan gua, tanpa yus... apa la makna rasa teh sarbat pagi2 kat medan bandar penawar tu.


Muz pulak... Gua selalu main penampar ngan dia(bola tampar da...), Aminah dah resign dah.. dapat kerje gaji ala gaban kot... Masni pun sama... Kak Nap asyik tuntut cd burn dari gua. dia bagi cd kat gua suruh burn tapi sampai sekarang gua buat harta.

Apa2 pun diaorang ni semua adalah member gua yang terbest termasuk dalam senarai membergua yang terbest (berapa banyak best da,......).. Chau....


Wednesday, May 20, 2009

Member KL Call Gua


Hari ni gua penat beyul pasal keje... rasa malas nak tulis blog ni. tapi tadi ada course mate gua telepon gua. Macam tak caya je gua dia telepon gua sebab dah lama sangat kami tak jumpa. last jumpa dia dalam tahun 2007.


itu pun gua jumpa dia kat sunway pyramid. dah kebetulan gua jalan-jalan kat sana. Gua panggil dia Fay. Dia ni memang sporting gila. Dia dah kawin sekarang, lebih lama dari gua kawin tapi senasib ngan gua jugak sebab hanya mempunyai anak tekak.


Gua belajar last kat Uitm Arau Perlis dulu. Ala cukup-cukup nafas je. Fay ni keje bank tapi buat PJJ kat shah Alam , Respek, respon, Relax(3R) gua tgk fay ni. Masih ada naluri study dalam diri dia.


Gua bukan tak de hati nak belajar beb. Tp dengan kerja gua yang macam haram jadar sibuknya, membataskan naluri study gua. Kalo lu tak percaya lu bole tanya Abang Terer. Sebab dia pun macam gua jugak sentiasa sibuk daripada yang tersibuk.


gambar kat atas tu adalah gambat masa budak-budak batch gua pegi berkhemah serta mandi manda kat air tejun lata bayu kedah. memang best gile masa tu.(pompuan yang sangkut tuala kat bahu tu la Fay, Member gua yang cun).

Okay la, gua better belah dulu sebelum gua menggarut dengan lebih mendalam lagi. Hari ni gua tulis untuk lepaskan gian gua je.. ok la.. bubbye dulu..

Tuesday, May 19, 2009

Mitos Of The King Rubix Cube.


2003...


Masa ni gua rajin sangat pergi rumah Abang Terer untuk mempelajari satu permainan Kuib Rubik. Memang best permainan ni, So dalam dua minggu je gua telah terer macam abang terer juga, dapat menyelesaikan kuib rubik tu dalam masa macam gaban nak jadi iaitu 0.0001 saat.

(kalo percaya korang memang mereng).


Sejak hari itu gua suka menunjuk2 kat semua orang yang gua terer selesaikan kuib rubik tu. Depan adik gua gua tunjukan, depat mak gua, depan ayah gua, malah depan pak imam Zainal pun gua tunjukkan betapa terer nye gua main kuib rubik tu.


Sehinggalah semua orang dah muak tgk gua main kuib rubik. Malah gua rasa macam nak pergi audition AF4 untuk show bakat kuib rubik gua tu. Bila dah terlalu muak orang menenggoknya malah gua sendiri pun dah termuntah-muntah akibat kiub rubik tu.


Setelah 5 tahun setengah gua meninggalkan kuib rubik tu, tiba-tiba gua nampak ada sorang budak sedang main kiub rubik tu. Gua pun cakap pada budak tu. adik bole bagi abang pinjam sekejap, biar abang tunjukan cara-cara menyelesaikan dalam masa 0.0001 saat tu(betapa riaknya gua).


Dengan penuh macho dan brutal gua pun main kiub rubik tersebut dan menyelesaikan kiub rubik tersebut 10000 saat. Perkh malu gile gua. bakat kiub rubik gua dah hilang tanpa gua sedari.


Mesej Dari cite gua adalah supaya korang anggap je cite gua kat atas tu sebagai Mitos Of The King Rubix Cube.

Monday, May 18, 2009

Boat Arip


1995.....
gua tak ingat tarikh yang tepat. tapi masa tu gua memang rapat ngan Mamat dan Arip. Macam-macam minat yang pelik-pelik kami masa tu antaranya curi buku kat libary awam kat sitiawan, Kapoera(gua tak tau eja la, ala yang cite baranaway tu), Join silat, Dash yan kuro(zaman-zaman gua paham la apa yang gua tulis ni), Basket ball dan macam-macam lagi.


Tapi kali ni gua nak fokus tetang projek si Mega si Arip ni. Suatu hari Arip ada bawa Plan lukisan, gua tanya pada arip. lukisan apa ni? Arip menjawap, ini plan lukisan untuk menukar kereta kontrol kepada boat kontrol. Perkh, respek gile gua pada Arip sebab punyai ciri-ciri Mc Gyver.


Keesokan harinya projek itu bermula kat bilik Arip sehinggakan rumah Arip Black Out sebab wayar pintas melalui projek si Arip ni, sampaikan kitaorang kat bilik tu kene marah ngan bapak si Arip. Walaupun demikian atas keazaman serta motivate yang tinggi. Arip meneruskan juga projek tersebut secara senyap-senyap dari bapanya.


Arip memang mempunyai ciri-ciri Mc Gyver sampai alat-alat untuk menjahanamkan alatan elektronik lengkap dia ada.Kali ini dia projek kat rumah mamat pulak. Gua cuma perhatikan sahaja apa yang diaorang buat sebab gua memang bodoh gile dalam bab-bab elektronik ni. Sehinggalah projek kami ni siap. Gua tgk boat yang Arip reka cipta ni bentuknya macam belon pon ada, macam kereta accident pun ada, lantak la.


Arip kata esok dia nak lancarkan bot kawal jauh dia tu. semasa tiba hari pelancaran tersebut yang hanya menjemput budak-budak darjah 4, darjah 5 yang berminat. 9, 8, 7, 6, 5,4, 3, 2,1, Switch on... Tiba-tiba memang fantastik ciptaan Arip tu sebab lampu berkelip-kelip, mengeluarkan cahaya yang bersinar-sinar, serta gimik Asap yang menyelubungi efek boat tersebut.


Lu tau apa jadi? Boat Kawalan Jauh Arip tadi telah bertukar kepada Boom Kawalan Jauh. Kini Arip telah berpindah ke Sabah dan gua dengar dia berkerja dengan syarikat perkapalan(gua dengar-dengar aje, betul ke tidak gua tak pasti). Lu terfikir tak kalo si Arip tadi handle pembuatan boat pelancongan, apa yang akan terjadi pada boat perlancongan tu? Lu pikir la sendiri.


Arip kalo lu baca post gua ni, jangan marah kat gua sebab sumbangan cerita tambahan yang gua nak tulis ni adalah sumbangan mamat.Sejak Hari itu si mamat ni pun Phobia terhadap boat kontrol.

Wak Dol Yang Perikebinatangan.

Pada petang yang berkala-kala hari ini, sayup-sayup kedengaran bunyi yang agak brutal Tok! Tok! dibelakang rumah bapak tiri mentua gua. Gua rasa pelik lalu membuat tinjauan dibelakang rumah Wak Dol(Bapak tiri mentua) ni. Tiada apa yang pelik pun, hanyalah kehadiran ayam-ayam kampung yang membuat hevoc disana-sini.

Tok! Tok! bunyi brutal tu semakin mengganas bunyinye... gua tak puas hati lalu mengutarakan soalan bonus terhadap Wak Dol yang ketinggian hanya paras bahu gua.
Father, What going on? where the sound comefrom?(macam la Wak Dol pandai cakap omputih).

Lalu Wak dol pun memberitahu gua tentang burung hantu yang baru ditangkapnya 3 hari lepas kerana anak burung Hantu tersebut membuat terjunan kamekaze dari pokok kelapa ketanah, tetapi tuhan masih menyanyanginya.

Dengan penuh keperibinatangan, Wak Dol menangkap dulu burung tersebut daripada peneroka-peneroka lain yang rakus. Di sini rupanya ramai orang-orang tua berminat membelanya. Jadi sesiapa yang berminat diluar sana untuk membeli burung hantu ini, bole la contact Wak Dol di Felda Bukit Waha.

Gua ni kira asalnya orang bandar jugak la sebab dibesarkan dikawasan yang agak maju daripada kawasan felda ni jadi akibat dari cara gua membesar, gua agak jakun la tgk burung hantu ni, jadi gua suruh burung hantu ni buat beberapa aksi untuk dipostkan ke blog gua.

Bangun Lewat


Hari ni gua bangun lambat, best betul. Semalam gua tido lambat lepas gua tgk final af7 ngan mak cik gua gua sambung lagi tontonan gua melalui cerita pelayaran seorang lanun kat TV3, cite tu nampaknya macam best, gua layan sampai 1 jam dah, tapi iklan punye la banyak. Tiba-tiba, gua yang jadi lanun tu.


Rupa-rupanya gua dah masuk ke alam mimpi.Ntah bila masa gua tertido pun gua tak perasan, hampeh tull. Cerita tu memang best Russel Crow pulak tu yang berlakon. Gua kira respek jugak kat russel crow melalui citenye seperti Beutiful Mind, Gladiator,.. cite dia memang best-best.
Sedar-sedar gua terdengar bunyi lesung batu dalam pukul 4 pagi. Cite Lanun tadi dah bertukar kepada cite Melayu dah, apa ntah tajuk cite tu? Epilog Pak Imam Zainal kot tajuknya. Adik ipar gua tgh nak masak sarapan utk pergi kerja. biasa la orang keje kilang ni pagi-pagi buta dah bangun. tak macam aku keje gomen ni.


Gua sambung tido dalam bilik pulak, gua layan tido sampai pukul 10 pagi. memang melampau tul tahap tido gua ni. bila gua bangun dari tido ni gua tak tau nak buat apa hari ahad ni. nak publish kan post internet tak ada, so gua buka notepad taip dalam notepad dulu.


Gua rasa macam nak pergi tgk wayang je tapi kat johor ni wayang paling dekat pun 40KM, kalo kampung gua cuma 40 langkah je dari rumah. Kat johor ni tiket dah la mahal, sekali nak tgk wayang, lu kene sediakan paling tidak RM50(tiket untuk 2 orang RM22 + minyak Kete RM30 = RM52). Degan keadaan tgh bulan ni, gua telah istiharkan kemuflisan gua buat sementara waktu dulu.

Saturday, May 16, 2009

Pesanan Kepada Peminjam Kereta Gua


Hari ni hari sabtu, dengan penuh kobaran gua datang ke tempat keje gua dengan niat dan cita-cita brutal gua untuk buat keje yang gua tak dapat siapkan semalam. Gua bukannya malas sangat tp kerana terlalubanyak pemangsa subversif yang menghalang niat baik gua untuk habiskan kerja semalam.



gua sampai tempat keje kul 10.30pg, kebetulan time ni time minum pagi, so gua lepak dulu dengan rakan sekerja gua untuk freshkan minda dengan aspek-asper sinikal iaitu mengumpat, mengutuk, campur-campur cite 18sx sikit. tiba-tiba rakan gua si zaiton nak pinjam kete gua pulak, gua bukan kedekut tapi masalahnya banyak baju kotor gua dalam kereta tu termasuk aspek dalaman yang terpenting sekali = "Spender".



Dia kata tak kisah, gua kata gua pun tak kisah janji lu sanggup angkat sendiri spender gua tu. Gua ingatkan jawapan si Zaiton ni mesti dah surender nak pinjam kete gua tapi nampaknya aura brutal gua telah menyerap kat dia juga sebab dia tetap nak pinjam.



Gua pun lantakkan je la janji gua punye tangki kereta tu tak kering.borak punye borak di samping mencuri merokok disudut buta sb kawasan keje gua ni ada CCTV, so tak bole open Smoking nanti kene saman. tak sangka dah pukul 12 tghr pulak, dengan penuh kesabaran gua pun tunggu lagi 1/2 hour utk stay for lunch. After lunch baru gua masuk pejabat.



pejabat baru bukak, so dengan keadaan yang berbahang ni, gua on dulu Air cond sebelum buat keje. air cond pulak lambat sejuk, apalagi gua relax lalu taip post untuk post akan datang, tiba-tiba si Zaiton tu call mintak kunci kete sebab dah tunggu kat kete gua. Dengan kebrutalan yang gua ada jangan harap gua nak hanta kunci kereta gua. So merangkak la si zaiton ke opis gua merayu-rayu mintak kunci dari gua..


masa gua nak bagi dia kunci kete gua tu, gua kene ajar cara-cara menggunakan kete gua dulu, manualnya seperti dibawah:


1. Buka window memang senang, tapi nak tutup balik kene support tarik ngan tangan. kalo tak boleh jugak kene cabut suis power window tu pastu kene gerakkan wire baru jalan balik power window tu.


2. Pintu Kene kunci secara manual, tak boleh pakai Kunci.


3. Kalo tak reti nak on radio, jangan on sebab hanya gua je yang reti nak on radio tu sebelum lu orang menjahanamkan radio gua sebab tak tau nak on nye..


4. Kalo ada bunyi bising macam tikus kat asober belakang tu, lu pekakkan je la telingga. Hanya gua je reti hilangkan bunyi tu (Gua hilangkan bunyi tu dengan bukak radio kuat2, gua tak dengar bunyi lain dah hanya lagu yang best-best je)


5. Minyak kereta hanya bole jalan sejauh 1 km sahaja, so better lu org isi full terus.


6. Dengan keadaan baju yang bersepah, spender-spender, botol-botol, tin-tin, kotak rokok. lu pandai-pandai la susun sebab itu memang decoration kereta gua.

Friday, May 15, 2009

Hitam


Mengapa gua suka warna hitam?
= kerana warna hitam itu dapat memberikan inspirasi kepada gua untuk menulis blog ini.

Apa bestnya warna hitam?
=Warna hitam dapat menyembunyikan keadaan sebenar fizikal gua. Kalo gua gemuk dapat la mengurangkan 15 peratu dari saiz sebenar.(..tapi tak pernah pun orang lain cakap gua kurus bila pakai baju hitam ni, gua perasan sendiri je kot. Lantak la ni gua punye blog sukati gua nak bubuh fakta ke Auta).

Kenapa Gua selalu pakai Spek mata hitam?
=Spekmata tu adalah untuk menapis unsur-unsur jahat yang terkeluar dari mata gua macam cyclops X-Men pakai cemin mata merah, lu orang tak kecoh pon.. (padahal gua rabun jauh, Spekmata tu je yang ada power. spek jernih gua yang ada power dah dihancurkan oleh pemangsa yang subversif).

Apa lagi yang bestnya pakai cemin mata hitam?
=dapat ushar awek dan sewaktu dengannya tanpa menyedarkan kepada awek tersebut yang gua tengah ushar diaorang.

Lagi-lagi?
Kehenseman gua akan lebih terpancar serta kebrutalan gua yang sejati dapat ditonjolkan tambahan pula situasi yang kehitaman sering muncul pada waktu malam(memang la). Lembaga hitam pun tak berani dekat ngan gua..(sebenarnya gua yang tak berani dekat ngan lembaga hitam tu).

Apa lagi yang nak di hitamkan dalam diri gua?
gua rasa semua dah cukup hitam rambut, anak mata, kulit(tambah tinted 40% lagi, kena tahan JPJ la),baju, wallet, beg, topi.. tapi gua tetap tak puas hati dengan kehitaman yang gua ada, maka gua sedang berupaya menghitamkan paru-paru gua seperti gambar-gambar paru-paru yang terpapar di kotak rokok sekarang.
Apa pandangan orang lain terhadap gua tentang kehitaman yang gua miliki?
  1. Si Pulan A : perhk!!! bro lu macam matrix la..
  2. Si Pulan B : Bro! apa siasatan yang dah lu buat? gua memang minat la dengan lu Ace Horotio..
  3. Si Penjual DVD haram : Tuan! amik la DVD ni murah je gua bagi, RM3 Sekeping, tak pun lu amik Free jee.. janji jangan tangkap gua..
  4. Si Minah A : Wow abang! hari ni abang kelihatam menarik dan kehenseman sejati(jagan harap gua membalas cintanya)
  5. Si Minah B pada waktu malam : AAAAA... hantu!!! kepala terbang!!! (mmg sah pompuan ni rabun malam)
Gua ni memang nak segala-galanya hitam ker?
=EEEMM... gua rasa tak la 100% gua nak hitam... dalam banyak-banyak hitam gua nak hati gua ni putih, bercahaya dan kalo bole lebih bercahaya dari pak imam Zainal kat surau gua dulu tu..




Thursday, May 14, 2009

Genap Setahun




Di hening petang yang sayup-sayup kehitaman, gua baru terfikir yang gua dah berada di negeri johor ni 1 tahun 1 hari dah... besok hari jadi mak gua, rasa macam nak terbang je balik sitiawan untuk menyambut harijadi mak gua. (cis, dulu masa duduk selangkah je ngan mak pun, jangan harap nak sambut nak ucap pun kedekut air liur).

Tapi dengan kesabaran dan kebrutalan gua, terpaksa la gua meraung2, menangis, teriak macam orang gila sebab tak dapat balik kampung. Mak cik(bini) gua pun dah malas layan kerenah gua ni. So terpaksalah gua menghabiskan kredit telepon gua yang tinggal RM1.90 untuk cakap ngan mak gua.

Sempat cakap selamat hari jadi pun jadila dengan kredit RM1.90,

sini gua tunjukan 15 dalil kenapa kredit gua tinggal RM1.90 :

1. Terpaksa telepon kontrak gua, kerana servis mereka yang hampeh.

2. Telepon opis gua yang hanya dimonopoli oleh ketua kerani gua. Ibarat telepon berakar ditelinga.

3. Kalo Bird(budak Pengkid) call gua, mesti suruh call dia balik.

4. Rasanya last top up 2 bulan lepas.

5. Tak de duit kecik nak top up.

6. bila dapat top up, Mak cik(bini) gua suh share top up ngan dia.

7. terdail tanpa disedari.

8. Mak gua call kata ada urgent suh call balik.

9. Member opis buat2 alasan bini nak beranak untuk pinjam hs untuk buat call.

10. Melayan mesej sebanyak 80 mesej sehari.

11. Caller rington dengan suka2 hati mak bapat dia potong kredit gua bila gua top up.

12. Gua tersalah hanta sms. nak hantar sms terhanta mms.

13. Ada janda mulut bising kat tempat keje gua asyik ajak sarapan pagi kat warong. ( ada kene mengena ker??)

14. Gua selalu buat2 terhantar mesej kat awek yang baru gua kenal utk ngorat.

15. Gua dah memeng tak de duit nak top up pun, sengkek habis tgh2 bulan ni.

Sunday, May 10, 2009

Khalwat

Dalam ketiarapan gua dilantai sejuk gua ini mengigatkan gua kepada kesejukan air terjun di salah sebuah tempat ceruk kat Perlis, gua tak berapa ingat tarikhnya.. tapi dalam lingkungan 2007 la.. masa tu gua bersama 3 orang member kesitu utk mengushar2 awek tetapi memandangkan salah sorang dari kami muka ala Castelo yang penuh keserabutan, maka memang susah la mendekati awek disana.

Tapi gua takan membiarkan misi gua gagal kerana dengan kehenseman yang gua ada, gua turuti juga niat gua yang brutal murni tu, tetiba satu lagi penghalang yang datang. Perut gua dilanda kemurungan yang melampau. So gua mencari tandas disitu, Selesai gua melunaskan hajat, gua menyambung misi gua secara solo, tetiba gua ternampak ada satu port yang mencurigakan, dengan menggunakan bacaan RAM 256 gua telah convertkan misi gua tadi daripada tackle awek kepada Skodeng..

Perkhh... tak sangka ada juga orang bermadu kasih ditempat yang sepoi2 bahasa ni.. ada sorang mamat ni berbaju kuning dan seorang gadis berambut panjang sedaang bermadu kasih, sedang meraba sini dan sana.. Kemudian gua nampak pulak ada sekumpulan warga tabliq di situ yang sedang mundar mandir tetapi yang peliknya kenapa tabliq tadi tidak menegur perbuatan mereka berdua ni padahal tabliq tadi nampak perbuatan mereka juga.

Gua rasa tak sedap hati kerana perbuatan diaorang ni tak bole dibiarkan lalu gua pun mendownload karakter muslimah dengan speed 25kb/sec lalu gua pun sudah berada dalam karakter tersebut. Dengan muka yang bengis ala Pak Imam Zainal kat surau gua dulu gua ingin sergah dan memarahi mereka berdua ini.

3 langkah lagi ke check point mereka berdua tadi, gua rasa tak sedaap hati sebab macam kenal je diaorang ni.... bila mereka memalingkan muka baru tiba kesedaran gua yang mereka berdua tadi adalah gua punye member yang dua orang tadi. Hangin je gua kerana perbuatan diaorang ni. Maka gua lakukan siasatan terperinci kepada member gua ni..
ikuti perbualan kami:

Gua : Woi ape hal korang ni? Gay ke hape?

Byakuya(baju kuning) : kepala hotak lu, gua tgh ajar lee(baju Kelabu) cara2 membuatkan awek
terransang...

Gua : terangsang processor hotak ko, korang buat aku terangsang nak belasah korang on the spot kat sini ada la...

Lee : Lu tgk muka gua ni ada rupa gay ker?

Gua : A,ah ekh... muka lu gay tak de, gig tu ade la... macam kertas fotostat
hitam putih wanted kat depan balai polis sitiawan tu ada la...

Byakuya : yang lu lama sangat pergi tandas tu ape hal?

Gua : Biasa la awek jaga tandas tu tackle gua... (padahal minachi gemuk je jaga
tandas tu.....)

Selepas kejadian tadi, maka kami bertiga pun belah dari situ dengan penuh kehampaan melainkan kalo sanggup, tackle je minachi tandas tadi... tapi gua tak sanggup, ini kan diaorang berdua tadi nak tackle, lagi telungkup tempurung kelapa diaorang...

LAPANGAN TERBANG SITIAWAN


Nampaknya gua masih tak bole tido, ntah tibab gua teringatkan kampung halaman gua di perak tu, bila gua dah duduk jauh ni baru la gua rasa tempat gua tu antara tempat yang terbest, mungkin itu la antara hikmatnya bila gua duduk jauh dari kampung halaman gua.

Sebab masa gua duduk kat kampung gua dulu sampai dah terassa boring sampai pikir tak de ape dah kat kampung gua tu. tp bila duduk jauh baru nampak.

Paling gua rindu tempat jogging gua ni. Tempat ni sebenarnya adalah lapangan terbang untuk kapal terbang kecil tapi dengan keotaian orang2 sitiawan ni, tempat ni telah dijadikan sebagai tempat jogging. Jarak untuk 1 pusingan adalah 2.224Kilometer, gua dah ukur pakai pembaris ngan member Gua.... Abang Terer (bukan nama sebenar, gimik je), tiap2 petang kekadang kami berjogging paling hampeh pun dalam 1 round setenggah.

Tapi kalo ada awek cun, mungkin boleh mencapai 4.8kuasadua round sebab gua ngan Abang Terer mesti menunjukan keotaian serta kemachoan kami berjogging. tapi last2 awek yang kami ikut tu balak dia sambut di akhir pusingan jogging tadi, so dengan secara on de spotnya kami terpaksa menambah 1 round lagi bagi menutup kemaluan kami yang besar tu supaya tak nampak sangat kami mengekori awek tersebut.(sebenarnya.. aku je, Abang Terer tak terlibat pun)

Misi berjogging jarak jauh kami tercapai tetapi misi untuk tackle awek fail. oleh kerana kami fail tackle awek maka gua tak puas hati lalu membalas kemarahan yang sejati ke kaki brother jessi MBI(hanya Abang Terer saje yang tahu). Brother MBI tu sedang main bola padang kecik ngan bebudak, gua main join je... main sepak je.. main rempuh je... main tibai je..

Taget utama serangan hanya la pada lutut brother MBI tu sb brother tu dah anggap diri dia macam superstar dalam gelanggang bola sepak yang kera terkangkang tu... tapi semenjak kami ada kat arena permainan sekangkang kera tu, nampanya brother MBI tu pulak yang terkangkang. so gua pun menukar nama tempat itu kepada padang bola Brother MBI terkangkang.

Dalam masa 1 bulan kami join permainan disitu, banyak kami mengumpulkan team dari orang yang berjogging disitu seperti Wak, abg jogging 3 round, Shebby, Cikgu, macam2 status yang join hasil dari aurabrutal gua yang menarik minat mereka.

Sehinggala 1 tahap brother MBI tu dan sekutu-sekutunya memboikot untuk tidak bermain dengan kami, Kami pulak rasa tak seronok sebab apabila kami bermain dengan budak2, kami rasa macam tiada saingan. Sebab selama ini brother MBI tu main ngan bebudak kat situ asyik membuli bebudak je.... So kami yang mem-backing budak2 tu atau dikenali kumpulan hak asasi membela budak bola dari dibuli brother MBI tu, brother tu bila buat gol rasa macam star bola sepak, padahal hampeh.

Begitula routine aku sebelum aku bertukar ke negeri johor ni....

Jurulatih atau Juruletih


Dah beberapa hari ni gua asyik cerite pasal tentera je.. rasa muak la pulak.. kali ni gua nak tukar cerita pulak orang awam yang ala-ala tentera sikit. diaorang ni ditugaskan sebagai nak latih bebudak supaya jadi orang baik, tapi bole baik ke diaorang? Ntah gua sendiri pun confius??


Gua pun malas nak cerita panjang pasal jawatan diaorang ni sebab isu diaorang boleh dikatakan sedang hangat dipasaran macam laptop murah, mesti berpusu2 orang nak beli. Nanti tak pasal2 Blog Gua yang brutal ni ke Block plak. cuma gua nak cerita pasal kegiatan diaorang ni.


Diaorang ni tengah diberi misi menyelamatkan sesorang didalam hutan (konon-konon je). so mereka tgh baca peta, tapi hampehnye diaorang tersilap baca peta so tersadai kat satu tempat tapi nasib baik diaorang bawa air sirap. so bole la minum2 sekejab. bukan setakat air sirap. nasi berlauk pun diaorang bawak.


Memang hebat diaorang ni, tentera pun tak dapat lakukan apa yang diarang sedang buat ni. last2 kerana terlalu lama sangat orang yang sepatutnya diselamatkan tu maka, orang tu sendiri pergi cari team dia sebab perot pun dah keroncong untuk join makan sekali. lauk ayam masak asam pedas tu...

Saturday, May 9, 2009

Convert Bahasa Penganti Diri

Mulai hari ini, aku nak convertkan bahasa pengganti diri aku kepada Gua sesuai mengikut keadaan Blog semasa. Lantaklah apa pengarah Dewan Bahasa nak kata... peduli apa diaorang nak kata aku ni perosak bahasa ke hape.. Eh! lupa plak enter Convert
Tut..tut..>>>>>>>>>>>>aku>>>>>>>Convert>>>>>>>>>>>>Gua>>>>>>>>>>

Upload>>>>>>> Successfully>>>

okay... gua sambung kembali.... Dewan Bahasa pun banyak pakai bahasa pinjam, gua x komen apa pun pasal diaorang malah gua ikut lagi apa bahasa yang diaorang rekemenkan. So diaorang pun tak bole komen pasal bahasa gua jugak.

Hari ni gua x tau la nak cakap apa... tapi gua nak show la ada 1 gamba ni kepada sesapa yang belum tgk lagi... gua kira ter..respek, respond, relax (3R) tgk gambar ni sebab ada juga tentera yang sanggup bertahan kene bandit sewaktu kawad.. dalam artikal yang gua baca, tentera ni dapat pinggat hasil dari rodokan bandit ni, so gua rasa mungkin di kawad akan datang pasti akan ada lagi kes2 mcm ni untuk mendapatkan pingat, mungkin saje2 buat tertembak rakan sendiri ker, tertanam periuk api kat padang kawad ker, lagi besar pingat rasanya sesiapa yang terkene.

(kalo aku jadi macam orang kat atas ni, rasanya aku Snipper terus kat dahi orang yang tercucukan bandit tu, Suka2 hati dia je nak banditkan orang lain)

Friday, May 8, 2009

Berjuang Untuk Negara


Skrg ni pulak aku nak siarkan lagi squad yang lebih mantap dari 2 pekhidmatan tadi.. Squad ni kira lebih bersemangat dan beretika dalam mempertahankan negara. Mereka berjuang hanya dengan berpakaian awam sahaja.. walaupun tgh berperang dan dgn nyawa yang terancam. mereka berdua ini masih boleh tersenyum dan bole melambaikan peace kepada musuhnya.. kagum betul aku pada mereka berdua ini..

Pertahanan Laut

Korang semua dah tau pasal askar darat tadi, sekarang aku cerita pulak progress askar laut pulak.... Memang segala musuh2 laut memang susah nak menembusi pertahanan laut pulak sebab ada sebuah team dalam squad laut yang mmg khas kerjanya hanya untuk membentuk strategi pertahanan laut yang betul2 kukuh di perairan kita... gambar bawah ni ialah strategi merenung jauh kedasar laut, mungkin boleh mengesan musuh didalam laut..

Bukan setakat itu sahaja malah, mereka mempunyai pelbagai lagi strategi yang no compromise yang anemy can't trace without proof... mmg marvelous team squad ni.. gambar yang ni pulak system tropical routine iaitu sorang backup dan sorang lagi herbinate. so team ni sentiasa waspada 24jam tanpa henti..


Selain skill yang disebutkan tadi... Squad ini juga memang pakar dalam renang kuak lentang,bukan setakat dalam laut sahaja diaorang bole buat kuak lentang.. malah di sungai, kolam renang, darat, sofa empuk, malah diatas tar jalan raya pun boleh.. mereka mmg pakar bole berenang tanpa menguakkan tangan, hanya berpeluk tubuh shj... x percaya, saksikan slideshow dibawah ini..



Amacam.. sudah percaya skrg..

Team Squad Askor Ayor

Satu Semanggat Satu Tekad

Macam biasa la... tetiba ada urgent meeting oleh sandree besar aku. bila ada panggilan meeting ni aku rasa macam nak boom je bilik meeting tu.. tapi memandangkan yang hadir meeting tu pun adalah tentera jugak so aku rasa diaorang akan kene boom dulu oleh komandan aku sebelum aku yang boom bilik meeting tu. Oleh kerana keotaian aku, jgn harap aku nak pergi meeting tu... So aku pun desepire kan diri aku..
Tentera2 ni dah biasa pergi perang so diaorang mesti tau macamana nak tangkis peluru2 yang ditembak oleh bos aku dalam mesyuarat tu.. tp aku ada pasang CCTV dlm bilik mesyuarat tu.. korang bole saksikan apa tindakan diaorang berperang dalam bilik mesyuarat tu.. ingatkan terer sangat..

pertahanan tembok pertama tu je menayangkan situasi yang serius... untuk mengaburi askar2 dibelakang untuk bertindak. pertahanan kedua, hanya bole menutup muka supaya pihak musuh tidak cam utk disoal siasat, pertahanan ketiga hanya mampu senyum dengan penuh kejahatan, dan last sekali adalah koperal, walaupun dia seperti kelihatan tido tp sebenarnya ia sedang memikirkan strategi mcmana nak membatalkan misi mesyuarat ni sb jam dah menunjukan pukul 1 tghr, waktu tido tu..
Korang tgk la.. betapa mantapnye strategi pertahanan negara kita ni... Hidup Mat Tiarap..

Thursday, May 7, 2009

Senyum Yang Penuh Kejahatan

Sesapa yang penah melayari blog SM shahrom.. korang bole tgk gambar orang yang menang bowling pakai baju merah yang tersenyum macam orang dalam gambar ni.. senyum yang penuh kejahatan beliau x pernah berubah walaupun dah 11 tahun berlalu... cuma yang berubah adalah pengisian semula lemak2 tepu.. mungkin dia jalani proces mcm wolverine origin tu jugak kot.. cuma bezanya logan tu masukan besi dalam badan tp budak senyum kejahatan ni masuk kan lemak tepu dalam badn dia pulak... So kepada individu yang terlibat, sekiranya gerun dgn tindakan hamba yang suka menayangkan gambar2 lama.. macam biasa la spt dilakukan oleh blog2 lain juga.. masukan je la wang pelindungan ke akaun hamba..






ADIK TERANGKAT


Walaupun aku x hensem la sangat tp korang jangan memperkecil2kan aku sb still ada jugak awek yang tergila2kan aku... walaupun aku agak brutal2 sikit, rangi2, subversif sikit2, tp mana2 awek nak kenal ngan aku mestila aku kene mempunyai sikap compromise.. kalo rupa je lawa tp perangai macam mangkuk, sorry aku nak layan.. tp minah dalam gambar ni.. ada la macam ala2 Waheeda sikit2... walaupun dia minat habis ngan aku tp aku anggap dia macam adik aku je... kalo sapa ada minat ngan awek sebelah aku ni.. gua bole rekemenkan tp kalo aku reject la pada mamat2 yang x de blog sb bg aku hanya jejaka yang berblog sahaja yang layak untuk adik aku ni.. so mari la kita berblog.. maju la blog untuk awek...


Wednesday, May 6, 2009

Al-Fatihah buat sahabat


Aku mulakan Blog aku dengan pemergian kawan aku seorang Navy. Banyak jugak la kenangan yang karut marut bersama arwah. Al.Fatihah.... sedekahlah ayat suci kepada kawan aku yang bernama Syed Zulkarnain ini yang telah meninggal dunia pada 26 April lalu kerana kemalangan di pantai remis. Semoga roh arwahnya dicucuri rahmat.
Kepada member2 aku yang subversif... harap bersabar untuk post aku yang akan datang.. aku akan bubuh post2 yang lebih gempak, macho, horor, freak dan macam2 lagi... nantikan la...


 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket