Saturday, June 13, 2009

Orang Luar Bandar VS Orang Bandar

Hari ni gua dah dapat 1 cerita untuk post gua kali ni. sudah seminggu rasanya gua tak menulis blog. Bila ada masa untuk main internet, gua akan membaca blog2 bloger lain. Tapi setelah gua membaca blog Basuh Baju gua mendapat idea untuk menulis cerita. Basuh baju mengajak bloger berdiskusi tentang BI MUST PASS, rata2 bersetuju ngan usul kerajaan tapi perlu kajian mendalam, gua juga agak bersetuju.

Dalam banyak2 komen ada yang menentang kerana reason diaorang kita perlu memikirkan tentang penerimaan masyarakat luar bandar, Takut2 diaorang tak dapat menerima usul yang dicadangkan. Oleh itu gua nak menulis tentang orang bandar VS orang luar bandar. Untuk pengetahuan korang, gua adalah dibesarkan dibandar dan sejak setahun yang lalu
gua telah berpindah ke kawasan yang dikatakan luar bandar jugak la..

Gua tak tau nak mula dari mana? tapi gua nak mulakan dengan perkara yang remeh je dulu,:

Orang Luar Bandar:Nak guna daun pisang cari kat belakang umah, nak guna kelapa cari kat depan umah, nak makan sayur-sayuran tanam je beberapa bulan kemudian boleh tuai.

Orang Bandar:Nak Daun Pisang kene beli, nak kelapa kene beli, nak sayur-sayuran kene beli jugak.

Gua kata : kat sini kos hidup diluar bandar lebih rendah dari bandar. Betul tak? tetapi ada jugak orang luar bandar yang tak menanam sayur2an dan sanggup biarkan tanah terbiar, bila orang bandar datang nak usahakan tanah beliau org kampung tu akan mengenakan sewa yang mahal, tiap2 bulan duk goyang kaki makan sewa tanah je... Perkh.. memang senang hidup orang kampung tu. Orang bandar penat2 keje, bayar tax itu ini.. Orang bandar bukan malas atau apa nak tanam sayur ke hape, masalahnye x de tahah nak tanam depan belakang semua simen. nak tanam dalam pasu pun kene tegur ngan Majlis Bandaran.

Luar Bandar:Stesen minyak tutup paling lewat pukul 10 malam, ada yang tutup pukul 8 malam. terus tutup tak bukak2 pun ada (bankrup la sebab asyik tutup awal je) alasannya sebab byk perompak.(gua sampai sekarang x bole terima alasan ni)

Bandar:Stesen minyak on 24jam.

Gua kata : kat sini, kenapa orang kat luar bandar tu tak ambil langkah2 keselamatan seperti yang diambil oleh orang bandar untuk keselamatan stesen minyak mereka seperti kamera, alarm, jaga,.. kat bandar pun ada risiko perompak jugak, malah orang bandar berhadapan dengan perompak2 yang professional, berdegree pun ada..

Orang Luar Bandar:Minta subsidi itu ini untuk kemajuan kampung, last2 subsidi tu lesap entah kemana. mana tak dapatnye, orang kampung kan susah, mundur, mahukan kemajuan..(fakta ini diambil hasil perbualan dgn orang kampung yang sembang di kedai kopi 24 jam)

Orang Bandar:apa itu subsidi pun tak penah tau, nak suruh betulkan lift kat flat pun bertahun2 baru dipandang, itu pun bila dah masuk TV3.Kadang2 sampai sekarang pun tak settle2.

Gua kata: orang bandar ni sebenarnye lebih susah dari orang luar bandar, walaupun duduk rumah batu, rumah 10 tingkat tapi kebanyakan rumah sewa je, kalo beli rumah pun 100ribu harganya dapat la sekangkang kera je besarnye. tapi orang luar bandar, walaupun rumah sebesar sekangkang anak kera je, tapi tanah dia sekangkang gajah. Kenapa rumah mereka macam pondok je, itu lu orang kene tanya individu tu la sendiri. tapi pada gua mereka orang kampung memang kaya dengan hartanah.

Orang Luar Bandar:Kenduri kawin muafakat, berkerjasama, gotong royong, bersatu hati.

Orang Bandar:Catering jer....

Gua Kata: Cit... Podah.. Gua memang hangin bila orang kampung kata kami macam tu. Lu orang ingat orang luar bandar je ke yang bersatu hati, orang bandar ni catering jer.. lu orang silap, gua orang bandar yang duduk kat taman ni macam2 pakatan kami membentuk siap surau kat taman gua tu macam2 alat kenduri ada.... dari khemah, pinggan mangkuk,periuk belangga, meja kerusi. Bila nak kenduri senang gila, cepat. orang2 taman pun datang membantu. Yang
catering tu hanya orang2 kaya je. Orang kampung yang kaya raya pun main order catering jugak.. Gua ada 1 pengalaman masa kenduri kawin kat kampung, siang memang bersatu hati tolong menolong, tapi bila tiba malamnye, rumah pengantin jadi sasaaran dirompak sebab duit salam duit yang banyak dapat. Orang yang rompak tu pun adalah orang yang rewang
siang tadinye, dia riki line kat mana letak salam berduit tu..


Kenduri Kawin Orang Luar Bandar:Salam berduit dapat kutipan 8 ke 10 ribu. siap bole cover balik duit hantaran.

Kenduri Kawin Orang Bandar:1 ribu lebih pun kira dah banyak.

Gua kata:kat kampung sini kalo gua nak attend kenduri orang kampung kalo tak hulur duit jawapnye macam terkutuk gila.... suami lain, isteri kene sediakan duit lain. Kalo ada 5 kenduri dalam minggu tu jawabnya 100 habis sebab suami 50 bini 50.(Gua masukan 3 hengget dalam sampul dalam sampul dalam sampul bagi tebal2 sikit.. hahahah). Tapi orang bandar bila tetamu yang attend kenduri bila tak hulur pun selalunya kitaorang tak kisah dan tak mengharapkan.

Orang Luar Bandar:tak perlu susah2 nak ada lesen, roadtax moto sebab tak da polis. kalo polis masuk, polis yang kene baling.

Orang bandar:Nak ke kedai depan rumah yang 30 langkah tu kalo naik moto pun kene pakai helmet, kene ada roadtax, kene ada lesen.

Gua Kata: Lu orang semua nampak tak? Orang bandar meningkatkan mutu income negara sebab bayar roadtax dan berlesen tapi orang luar bandar dalam aspek ni habuk pun x bagi.

Orang Luar Bandar:exercise ngan cucuk tanam, sapu halaman rumah, mengemas rumah.

Orang Bandar:exercise kat tempat riadah ngan macam2 cara dengan cara yang betul seperti berjogging, bersukan, tai chi, aeorobik. ada jugak yang jogging kat kawasan perumahan jer.

Gua Kata: Orang luar bandar nak jogging hapenye, kang orang kampung kata gila pulak jogging pusing kampung. Gua sendiri dah penah kene sebab orang kampung gelakan gua berjogging, diaorang kata tak penah dibuat orang jogging kat sini. Malah ada kampung yang kerajaan sediakan tempat beriadah dalam kampung mereka tapi tempat tu jadi tempat
lepak kutu2, mat rempit, hisap gam, togak tiger pun ada(gua saksikan sendiri la beb). Kalo kat bandar pulak sapa2 yang datang tempat riadah tapi tak jogging atau bersukan, orang tu yang kene gelak balik, kalo setakat datang nak berdating, boleh balik.


CONCLUSION:GUA BUKAN NAK BAND LU ORANG LUAR BANDAR, TAPI SEMAKIN HARI LU ORANG LUAR BANDAR ASYIK MEMBERIKAN PADANGAN YANG NEGATIF TERHADAP ORANG BANDAR PADAHAL ORANG BANDAR ADA JUGAK KELEBIHANNYA. KALO NAK PIKIRKAN BAB NEGATIF, ORANG KAMPUNG PUN ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGNYA.SO SILA BERI LALUAN PADA KAMI UNTUK MEMBERIKAN PADANGAN
DARI PERSPEKTIF YANG AGAK KELAINAN. ADA USUL KERAJAAN YANG TERTENTU JE MESTI NAK PIKIR PASAL PENERIMAAN ORANG LUAR BANDAR, ITU SEMUA UNTUK KEBAIKAN LU ORANG JUGAK, SAMPAI BILA NAK DUDUK DITAKUK YANG SAMA JE.MARI LAH BERSAMA-SAMA KAMI UNTUK MENAIKAN TARAF ORANG KITA SENDIRI, BANTU MEMBANTU DAN JANGAN TERLALU SELFISH SANGAT.BUANG LA PERASAAN
HASAD DENGGI DALAM DIRI KITA AGAR MASYARAKAT KITA BOLE MAJU. KEMAJUAN TU PENTING BUKAN DARI SEGI PEMBANGUNAN SAHAJA
MALAH PEMIKIRAN KITA PUN PERLU MAJU JUGA.

22 komen opah kamu:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Bagi aku...xkira bandar atau luar bandar...pasti ada baik & buruknya.Tapi berbalik kepada pelaksanaan mewajibkan BI lulus untuk dpt sijil SPM...aku rse ianya bagus untuk jangka panjang.Bukanlah kita nak mengagungkan bahasa penjajah tapi kalo lagi banyak bahasa yang kte tahu...lagi luas pandangan kita.Xdela sempit jer spt katak bawah tempurung.Sejujurnya aku setuju dengan pelaksanaan tersebut tapi perubahan secara mendadak hanya akan membawa kepada kehancuran.Perkara nie dah ditunjukkan oleh Allah S.W.T semasa mengharamkan arak dimana pengharamannya secara berperingkat.

p/s:Hahaha...rilek la dow...apsl xpuas hati sgt dgn org kg. nie?...(aku org Kg.Jawa,Klang...kira kg. jugak la kan?...hahaha)

Xpuasati said...

mmg kecoh bila orang macam gua bila tak puasa hati. tapi kalo orang yg imej nampak baik tak puas hati rata2 setuju. itu sebabnya blog gua nama Xpuasati.

Anonymous said...

ish, kau nih, compare apple to apple lah!

kes kes terpencil, kalau boleh kau amik ruang untuk belajar asam garam hiduplah :)

aku pernah hidup di bandar. pernah hidup dikampung. dan sekarang hidup di bandar yang lifestyle macam kampung.

kelantan misalnya, bandar, tapi cost of living rendah.

tapi aku personally aku suka duduk kampung. kampung aku pun kampung. dulu masa aku dapat kerja UniKL dan UMP, aku pilih UMP sebab kampung.

Aku tak nak habiskan separuh hayat aku tunggu jam.

Life ni akan jadi interesting kalau kau pandai cari keseronokan sendiri....

Xpuasati said...

thank you beb cause give feed back.. all of this thing may be gua still cant accept what u get and what u feel. so gua just wait n see je la.. kot2 berubah perspektif gua nanti.

FdausAmad said...

layan je beb..gua takdak hal..

Xpuasati said...

Gua anggap lu bersetuju ngan gua.. tq..

Anonymous said...

kebetulan, kau boleh baca entry ni, ada point erguna untuk kau

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/06/antara-bambangan-dan-wang-berian.html

Basuh Baju said...

salam

bagi aku tak timbul banding bezakan antara org kg dan bandar..

kerana kita semua sama..

1) rata2 org bandar ialah org luar bandar.

2) rata2 org bandar akan duduk di kg menjelang bersara..

3) rata2 anak2 muda kg akan berhijrah ke bandar..

jadi mengapa perlu dibandingkan?

salam.. :)

Xpuasati said...

ye.. memang betul kata lu tapi x semestinye apa yang lu cakap.

1)Mengapa orang luar bandar nak jadi orang bandar? selalunya hanya anak yang tua mewarisi harta pusaka kampung. Yang lain duk bandar. So jgn blame sangat kami orang bandar sb kami adalah hasil buangan orang kampung. Kalo orang kampung bole jaga kami dari dulu hidup senang, nescaya tiada siapa yang keluar dari kampung.

2) bapa gua dah bersara pun tapi still duk bandar.

3)Anak2 muda berhijrah kebandar sebab bapa mereka tak dapat beri kesenangan hidup dikampung. Kami indenpendent.

Sebenarnya 2-2 ada kelebihan dan kekurangan, tiada siapa yang salah dan betul. Cuma apa yang gua mintak just pelase dont blame us all the time..

Jay Harun said...

baiklah, baiklah.

aku setuju juga dengan post ko ni. duduk bandar mmg sgt tertekan, serba serbi kene laju, kene maju, yg kuat semangat idup lama, yg lemah terus tertekan. kalo dok kampung mmg tenang gile, seadanya saja. jadi aku rasa, memandangkan org luar bandar hidup setenang itu, tak salah kalau anak2 mereka luangkan lebih masa belajar BI. kalau kaki cantas, seluruh pelosok dunia ni ada. jadi jangan takut.

fahmi said...

salam.. orang bandar & luar bandar sama saje.. tp lifestyle je berbeza.. aku pnah duk kat kg, mmg rasa masa tu byk leh diisi dgn aktiviti2 best.. tp kat bandar ni, lebih2 lagi KL, masa byk diisi dgn aktiviti2 yg xperlu tp mesti buat.
cth mcm menunggu bas @ LRT tiba, yg bawak keter, kne ngadap trapik jam..
dua2 ade kelebihan & kekurangan, tp kan, skang ni aku rasa org luar bandar lebih less stressful berbnding bandar.. hmm.

MarsMaseira said...

belajar bahasa bukan mudah. dan sekiranya kita mampu berbahasa lebih daripada satu, bukankah ia membawa kita naik ke tahap yang lebih tinggi?

bg saya, yg membezakan org luar bandar dan bandar adalah mentaliti. ramai yang berpendapat sebegitu. tetapi penerimaan masyarakat adalah menjadi orang bandar itu lebih banyak negatifnya (berdasarkan pengalaman hidup saya).

baiklah. satu situasi. apabila anak demam dan timbul bintik2 merah.

orang kampung: ini macam demam campak ni. berubat cara kampung aje.

orang bandar: Doktor,anak saya demam dan ada bintik2 merah ni. kenapa ni doktor?

orang kg yang berhijrah dan bermastautin di bandar: doktor ckap demam campak. makan ubat tu, nanti kita berubat cara kampung jugak. bagi cepat sembuh ok?

berbeza bukan? dan kisah ini kisah benar. si orang kampung telah membawa anaknya berubat cara kampung. dan setelah seminggu tidak reda bintik2 itu, maka terpaksa dia berjumpa doktor, dan doktor kata "ini bukan campak, tapi HFMD (disebabkan oleh virus)". nasib saja anak itu tidak apa-apa kerana penyakit itu boleh membawa maut.

Oh lagi satu, sy sering diperli kerana gemar makan di restoran makanan segera dan restoran tomyam yang paling kurang pun gred B. dan semestinya diperli oleh org2 luar bandar. bukanlah saya tidak boleh makan di tempat yang mereka makan, tapi siapa tahan kalau makan di tempat lipas berkeliaran, kerusi hitam berdaki, meja melekit, lantai tak payah ckap la. tidak logik lah kalau keadaan tempat memasak di situ bersih suci murni kan?

lantas org luar bandar itu menjawab "tak apa lah. janji murah dan banyak."

biarlah! biarkan mereka. mereka lupa agaknya apa yang dimakan itu menjadi darah daging.

jadi betulkan? mentaliti itu yang berbeza. tak siapa dapat mengubahnya melainkan diri sendiri. dan saya rasa, kebanyakan warga emas di Kuala Lumpur ini rata-ratanya berhijrah dari kampung. Tahniah kerana berjaya mengeluarkan diri dari kotak! ", HEHE

p/s: agak panjang komen sy. maaf ye tuan punya blog ",

Xpuasati said...

P.A.G : bukan niat gua nak kutuk orang kampung ke hape.. cuma gua nak terangkan keadaan oraang bandar sebenarnye.. sebab gua pun asal usul dari kampung, tapi kekadang org kampung byk menyalahkan org bandar semata-mata. sebenarnya sama je, jahat dimana2, baik pun dimana2. Kan lebih bagus kalo mentaliti orang kampung sama level ngan orang bandar.

Fahmi : Betul cakap ko fahmi, orang bandar terpaksa harungi semua tu, jem, barang mahal, kesesakan. So sepatutnye suara2 kita orang bandar patut didengar oleh pihak2 tertentu.

Masmeira: Lu cakap pun memang betul.. sebenarnye apa yang kami mahukan orang bandar ngan orang luar bandar berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, Kentut sama busuk(bak kata abg terer). Mentaliti pun biar sama2 pandai.

Ilyana Fauzy said...

sgt stuju ngn kbykn komen2 d ats nie~

MarsMaseira said...

yeps. betul. yang penting, janganlah kita saling menyalahkan atau menuding jari. tapi cuba menghormati sensitiviti masing-masing, dan yang mana membawa kebaikan dan kemajuan untuk diri sendiri dan negara kita pertimbangkan, tidak kiralah itu amalan org bandar atau luar bandar. kerana kita semua yang mencari rezeki yang halal ini adalah penyumbang kepada ekonomi negara ",

syafiqa salim said...

huhu..

aku tak tau nak komen apa
Luar bandar dan bandar sebenarnya sama sahaja. Mentaliti kita berbeda mungkin kerana cara kita dibesarkan.

Kat sini aku tak mahu bersikap judgmental kpd mana2 pihak. Tapi sedara XPUASATI, dalam entri awak yang ini, mcmlah orang luar bandar ni teruk sangat. Teruk sangatkah kami...T_T (mengesat air mate..huhu)

p/s: malas nak ckp lebih2. Kita SEMUA MANUSIA. marilah kita saling melengkapi antara satu samelain..

Abang said...

Aku tau sebab apa Xpuasati tulis post ni... Dia sikit x puas hati bila kerajaan nak buat apa2 perubahan, selalunya prob org luar bandar wajib diambil kira. Contohnya kes BI ni, ramai takut anak2 luar bandar ketinggalan.

Bagi xpuasati, kenapa mesti pentingkan anak2 luar bandar je, sedangkan anak2 bandar pun nnt sama2 kena bljr BI jgk?

Apa2 pun aku setuju dgn pendapat kebanyakan korg kat atas, terutamanya PenagihAyamGoreng...

Kalo budak2 kg boleh ke sungai tembak ikan, ke bendang tgkap haruan, insya Allah tentu mereka boleh jgk luangkan masa bljr BI sampai lulus...

Kalo nak maju, kena maju bersama2. X boleh bias. Sebab skrg ni sistem pendidikan dah seragam antara bandar dan luar bandar. Jadi kenapa sekolah bandar lebih cemerlang selalunya? Macam MarsMaseira ckp, mentaliti. Sekolah di bandar boleh maju sbb mentaliti pelajar dan ibu bapanya. Kdg2 kita dgr ada juga seorg dua pljr cemerlang dari sekolah kg, adakah sbb sekolah mereka top? X jgk, tp sbb pljr tu sendiri. Ertinya pljr kg pun boleh success, cuma sikap mereka dan parent yg menghalang.

Jadi utk buat BI wajib lulus, aku x rasa kerajaan patutkan risaukan pljr luar bandar sgt...

SM Shahrom said...

jalal, aku tau hang tertekan dok kat sane...meh le dok sitiawan..nak kate luar bandar pun tidak, nak kate bandar pun tidak...tapi ko kene ingat mane datangnye sebuah tamadun kalau tak bermula ngan sebuah perkampungan..cume individu tu lah yang kene meningkatkan cara hidup diorang..anjakan paradigma bak kate org pemimpin...

hai said...

Bersyukurlah jika pernah merasai hidup di bandar dan didesa....kerana kita dapat merasai kenikmatan bumi tuhan ini... semangat kejiranan di kampung sekarang pun dah semakin terhakis,kadang tu lebih baik di bandar lagi.Tak ada bezanya di kampung atau bandar terdapat juga orang kaya dan orang miskin.Mungkin caranya yang berbeza...
Tinggal dimana pun tetap ada kebaikan dan keburukannya.

pinkiss said...

aku orang kampung.

Anonymous said...

Kau jangan tak tahu...di luar bandar yang kelihatan nak membangun, sudah ramai orang bandar beli tanah dari org2 kampung.

Anonymous said...

Saya dah lama perhatikan kelaku orang bandar vs orang kampung (luar bandar)..

dua-dua ada baik dan buruk.. bukan semua orang bandar buruk perangai dan bukan semua orang kampung buruk perangai..

tapi, yang saya perasan.. sekarang ni, orang kampung ni suka pandang serong kat orang bandar.. selalu ingat yang bukan-bukan.. suka buat assumption.. bila tengok orang bandar makan roti atau cornflakes pagi-pagi, diorang kutuk.. cakap orang bandar tak makan nasi la, itu la, ini la.. mana diorang tau orang bandar tak makan nasi? takkan la pagi makan nasi, tengah hari makan nasi, malam makan nasi.. tak muak ke.. cuba suruh orang kampung makan roti pagi-pagi.. tak leh hidup punya diorang..

lepas tu kalau bab kutuk-menutuk (gossip), orang kampung memang no.1 hal ni.. suka cakap orang bukan-bukan.. tapi, bila kena batang hidung sendiri, melenting tak tentu pasal.. contoh saya bagi ni.. "ooii orang bandar.. mana la pandai makan nasi dgn sambal..".. tapi bila bawak diorang pi makan restoran.. order steak ke, order spaghetti ke.. kalau orang bandar cakap "ooii orang kampung... mana la pandai makan makanan orang puteh.." mau tak hangin satu badan! hahahhaa

orang kampung.. jangan ingat orang bandar ni tak reti makan makanan melayu.. bukan tak reti.. cuma orang bandar ni lebih fleksibel.. kalau tak ada nasi langsung, boleh lagi idup.. orang kampung, kalau takde nasi macam mana? lagipun.. bukan semua orang yang duduk kat bandar ni orang bandar asalnya.. ramai yang datang dari luar bandar jugak.. ataupun mak ayah depa datang dari kampung.. sekali sekala ada gak balik kampung.. ingat adat resam..

orang kampung ni, masih ada lagi yang hidup macam zaman p.ramlee.. cakap kasar (tak cover).. main lepas aje.. ni dah tahun 2009 beb.. bahasa2 kasar tu dah tak sesuai dgn zaman sekarang ni.. sopan santun la sikit ye.. jangan la dendam sangat dgn orang bandar ni.. semua sedara apa..

peace!

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket