Saturday, July 4, 2009

Budget


Seorang pelatih PLKN akan mendapat RM 450.00 dalam masa 3 bulan masa latihannya.

mari gua kirakan average kosnye.

*purata setiap kumpulan adalah dalam 300 pelatih.

*1 tahun ada 3 kumpulan.

*seluruh negeri ada lebih kurang 80 kem PLKN.

Kos untuk 1 kumpulan = RM 450.00 x 300 pelatih
=RM135,000.00

Kos untuk setahun(3 kumpulan)=RM135,000.00x3
=RM405,000.00

Kos Keseluruhan(80 Kem)=RM405,000.00x80
=RM32,400,000

Kos kerajaan membayar elaun kepada pelatih PLKN sebanyak lebih kurang 30 juta, itu baru elaun sahaja, belum masuk makanan, pengangkutan, tempat tinggal, pakaian, dan sebangainya. Semua orang tahu tentang ini. So gua nak mintak pandangan orang ramai terutamanya bekas pelatih, mak bapak pelatih, jiran pelatih, member baik pelatih, berbaloikah kerajaan menghabihkan duit sebanyak ini untuk para remaja kita? berubahkan diaorang? berkesankah? apa pendapat lu orang? Sila bagi pandangan.

Kos tersebut sama banyaknya dengan kos satu misil peluru berpandu milik kementerian pertahanan kita untuk dilepaskan sebagai latihan sahaja (maklumat ini gua dapat dari fakta akhbar utusan malaysia). Maknannya sekiranya kementerian pertahanan kita melepaskan 1 misil untuk latihan kita tahun ini, kita telah belanjakan RM60 juta untuk 1 tahun (elaun pelatih + misil).

lu orang jangan baca sahaja... sila komen.. gua nak kaji selidik sekit..

22 komen opah kamu:

Cob Nobbler said...

beb..sebelum berkira secara matematiknya,elok kita fikir dulu,

untuk apa khidmat negara ni?main masak-masak tengah hutan?perpaduan?bersatu padu pelbagai kaum?

budak taman aku satu contoh.dia lepas PLKN tetap merempit,tetap belasah budak india,tetap rompak 7E kedai cina.

nko rasa macam mana?

Xpuasati said...

Nami o fish: lu tak payah bubuh tanda soal(?) tu.. sb apa yang lu kata gua sangat bersetuju. 30 juta tu guna untuk bangunkan negara lagi ok..

Guru said...

tak puas hati ya?... kalau duit tu buat dewan sekolah tiap sekolah elok gak..sekolah cikgu takde dewan, nak buat program susah..

tapi...tengok modul nya lah.. sbb cikgu tak pernah tengok bentuk latihannya tak tau lah pulak berkesan ke tidak...

kalau setakat sorang dua plkn masih merempit, tak mestinya tunjukkan kegagalan...kalau gitu baiklah robohkan je pusat serenti satu malaysia, peratus kes tak berjaya lagi banyak, atau tutup je semua penjara, bebaskan je, sebab peratus yang keluar dan masih menjenayah lagi tinggi...

jgn sebab tak puas hati ngan nyamuk kita bakar kelambu... cikgu rasa ada baiknya, tapi ... perlu diperbaiki sini dan sana. membina manusia tidak boleh dilihat dalam masa 2 atau 3 hari je...

o ya, utk xpuashati, tq banyak2 singgah kat rumah cikgu... bagi komen lagi utk isu cikgu yang tak seberapa tu..singgah selalu ya..

jgn kerap sangat tak puas hati ya..

Xpuasati said...

Cikgu: Cakap cikgu tu ada betulnye juga beb, gua rasa lebih elok jika kemasukan PLKN ini hanya ditawarkan kepada yang betul2 berminat sahaja menyertainya.

Atau diteruskan mengikut cara kerahan tenaga seperti singapore. Baru remaja2 kita ni ada betul2 semangat jati diri dan berkhidmat untuk negara.

Kalo seperti sekarang ni, ia akan jadi seperti nami o fish tu cakapkan sekadar main masak2, nyanyi je. tak apa yang bole asorb ke dalam diri remaja tu.

Basuh Baju said...

ok ini komen aku sbg bekas pelatih..

kos sebenar PLKN setia[ tahun adalah lebih kurang RM1 billion. aetiap pelatih dibelanjakan dalam RM7-8 ribu.

Jadi kita bercakap bukan soal RM30 juta sahaja.

Apa matlamat PLKN? Utk perpaduan.

Adakah ia berjaya? Ya dan tidak. Ya sebab aku jadi seorang yg perpaduan kerana PLKN. Namun orang2 macam aku ni kes terpencil. Member2 aku gi PLKN bila balik still prejudis kat kaum lain..

TIDAK kerana utk melahirkan perpaduan bukan setakat ada kem 3 bulan. Malah budak2 yg pergi tu pun dah 18 tahun. Kau bygkan, budak dah 18 tahun ni kat dalam otak diorang semuanya dah diset dah. kalau rasis, rasislah. kalau fasis,fasislah..

Bagi aku perpaduan yg bagus ialah perpaduan yg dipupuk dari kecik lagi..

Untuk itu aku rasa PLKN gagal mencapai objektifnya..

So, bila dah gagal objektif ni, agak2 berbaloi tak nak dibuat PLKN?

Namun ada juga efeknya kalau PLKN dihapuskan. Kontrak2 baju, kem, peralatan, makanan dan pekerja2 kem dan jurulatih ni macam mana? Lingkup periuk nasi diorang kan?

so bagaimana?

ps: tak payah tipula nak kata PLKN ni nak wujudkan semangat cintakan negara. Ini semua utk kroni2 Najib. Cuba selidik dan tgk kontrak2 plkn ni dapat kat ketua2 bahagian UMNO.. Lumayan beb.

bangunberdiri said...

PLKN....
bagi aku program ni hanya pakej percutian bagi mereka yang dah tamat peperiksaan SPM, pakej percutian ni akan lebih menarik dan menguntungkan gerombolan bila kontrak2 balun kat kroni diorang... lupakan soal perpaduan,displin,character building bagai... ni pakej penipu

Xpuasati said...

Basuh Baju: gua dah faham sangat bab2 PLKN ni, tapi gua nak tau dari suara orang ramai diluar sana.

tapi tentang idea lu beb pasal memupuk perpaduan dari kecik tu, gua setuju sangat. Duit 1 billion setahun tu baik buat banyak sekolah wawasan banyak2 khas untuk semua kaum bergaul.

setakat 3 bulan, rasanye mungkin dalan 10% je tercapai kot. tapi kalau bukak sekolah yang mempunyai perpaduan kaum. Atlist 6 tahun kita dapat memupuk perpaduan.

Terima kasih atas pandangan anda yang sungguh bermakna.

Xpuasati said...

Bangun berdiri: Kalo gua jadi budak lepasan SPM sekarang, baik gua tolak je pakej nak cuti2 kat PLKN ni sebab, 3 bulan hanya dapat RM450 je.

Kalo kerja bodo pun, walaupun keje kat kedai makan, atlist sebulan dapat 300, 3 bulan dapat 900 dah.

rupa-rupanya ada taik disebaik jamban.

abu muaz said...

Saya sebagai bapak kepada bekas pelatih PLKN ni nampak tujuan sebenornya dibuat khidmat ni hanya untuk masukkan pitis dalam poket je.Masa saya pergi melawat anak saya dulu saya dihidangkan dgn jamuan tengahari. Lauk banyak tapi mak bapak yg hadir tak ramai. Yang kayanya toke kantin tu la...... toke kantin tu pulak ada lagi dia punya toke....toke pakaian...toke kasut... toke kem....toke seluar track...toke stokin....berapa banyak toke daaaaa.......

Abang said...

First, giler la lu tukar template blog baru ek? Cun beb...

Second, kalo PLKN betul2 untuk perpaduan @ persediaan berperang, gua rasa tak payah bayar elaun kat bebudak PLKN... sebabnya makan, tempat tinggal semua dah disponsor... dapat la jimat sikit duit rakyat... kalo diberi elaun, macam tak ikhlas plak istilah "perpaduan" tu hehehe...

Third, duit PLKN memang byk yang meragukan... contohnya tiap2 kem diselenggara oleh operator kem (untung sapa dapat). Ini pun gua pelik nape mesti bagi org luar handle? Nak bagi kroni? Kalo betul2 serius, letak je bwh Kem. Pertahanan jgk.

Fourth, setiap kem berbeza2 kemudahannya. Ada kem pakai kipas, ada plak yg pakai air-cond. Semuanya depend pada operator kem nak taruk apa. Logik tak agak2? Buatnya kem tu pakai kipas, tapi operator kem ttp claim pada JLKN duit air-cond, amcam?

Fifth, ini paling gua nyampah.. Tiap kem x ada satu garis panduan tetap (oleh JLKN) utk diikuti. Semua ikut kepala ketua kem (komandan) masing2. Jadi wujudlah pelbagai ketakseragaman kem PLKN. Ada kem yg parent boleh lawat tiap2 minggu, ada plak kem yg 2 kali sebulan. Macam2... Benda2 mcm ni walau nmpk kecik, tapi sebenarnya menimbulkan karenah birokrasi paling tinggi...

Sixth, gua rasa bos2 kem (komandan) patut dihantar latihan terlebih dahulu sebelum menguruskan kem. Latihan gua maksudkan adalah latihan pentadbiran awam. Ini kerana mmg TELAH DIKETAHUI bhw komandan2 ni lemah dlm pengurusan kem yg melibatkan pentadbiran awam. Kalo bab pengurusan tentera mmg diaorg pandai, tapi kalo pengurusan awam, hancuss... sistem tentera BERBEZA dengan awam... JLKN kena ingat, bukan tentera saja uruskan kem, awam pun ada jugak la...

Kalo ikut2kan banyak benda gua nak carut pasal PLKN... sebab gua mmg ada pengalaman berhadapan dengan kebodohan sistem pengurusan PLKN ni... tapi cukuplah yg tu dulu...

p/s: Wife gua keje PLKN...

MarsMaseira said...

saya tidak pergi PLKN. bukan tak mahu, tapi bertuah kerana tak terpilih. HAHA.

bukan tidak patriotik, atau pun racist. Tapi kenapa perlu highlightkan di PLKN itu lah untuk perpaduan. Habis di sekolah misalnya, tidak ada perpaduankah?

mungkin sara diri RM450 itu untuk menarik minat atau memujuk hati mereka, sedangkan kalau mereka kerja 3 bulan boleh dapat RM1000 misalnya.

lihat dari sudut yang positif, ia mungkin berbaloi bagi mereka yang tahu menghargai, tapi bagi mereka yang terpaksa pergi? lu pikirlah sendiri.

Xpuasati said...

Abu Muaz: betul kata anda, makan tak habis dan banyak pembaziran sedagkan makanan tersebut dibayar dan makanan yang dimasak mesti kurang sedap contonye JLKN suruh masak makanan harganya RM10 tapi dia masak RM3 punye standart then claim RM10. mari kita fikirkan bersama.

Abang Terer: Lu cakap memang benar semuanye, tapi baru2 ini pengarah JLKN Hadi Awang ada kemukan dalam TV mulai sekarang family bole melawat pelatih 2 Minggu sekali, tidak seperti sebelum ini sebulan 2 kali sahaja.

Apa yang gua nak gelak, 2 minggu sekali dengan sebulan 2 kali tu tak sama ker? mesti kes salah cakap sebab gabra sangat ker..

Mars: Aku ingatkan.. adik gua je yang berbangga bila tak terpilih PLKN.. Rupanye banyak lagi..

Sila komen dgn lebih banyak lagi, apa2 pon Thanks alot dgn komen korang ni.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Best ker PLKN?...Aku xberpeluang mengikutinya sebab xterpilih.Nak try apply waktu umur 30 nnt la.

hai said...

apa yang aku tahu PLKN ni hanya nak mengaburi mata rakyat.. motifnya nak mengayakan kroni je...sebab tempat latihan tu dimiliki oleh orang perseorangan.salah sebuah PLKN yang aku tau diberikan pada orang ni bagi memujuknya kerana tidak terpilih menjadi calon pada pilihanraya!Pendekata,semua urusan tender menender ni melibatkan kroni2 lah jua....
aku pun tak berapa nak perasan tapi,rasanya kalau bebudak ni berminat nak menyertai program seumpama ni,bukankah dulu telah wujudnya JPA3 ke wataniah,dan penyertaan mereka ada juga diberikan elaun!

MarsMaseira said...

saya bangga kerana saya tak pergi PLKN. kerana setelah 5 tahun dok asrama, at least ada la mase 5 bulan dok umah ngn family, lepas tu saya kembali merantau mencari ilmu.

saya bangga kerana saya tak pergi PLKN. kerana saya mahu buktikan patriotisme tidak seharusnya dipupuk dalam jiwa yang memberontak, sebaliknya harus lebih awal lagi, seawal kanak-kanak mengenal ABC.

walaupun saya tidak pergi PLKN, saya tetap menghormati lagu Negaraku, tetap berkawan dengan bangsa lain dan masih lagi mahu mengubah diri menjadi sesuatu yang berguna kepada negara.

dan saya tahu ramai lagi mereka yang tak pergi PLKN juga begitu.

it comes from the inside. jiwa beb!

akhir skali. KITA ANAK MALAYSIA ",

SM Shahrom said...

bagus gak PLKN ni..nanti ape-ape hal..diorang bleh menembak musuh..wujudkan semangat patriotik..skit..kalau artis masuk PLKN objective dah lari..masing-masing nak glamours..

lagi satu boleh tak ko hilangkan word verification ni...susah den nak monulihnyer...

reek said...

Thats what umno's good at,

wasting tax payer money, how many government servant goes to work actually 'work'? umno only knows to baby sit malay.

If ketuanan Rakyat take over you'll see, those unproductive teachers, clerk, officer, office boy, technician all gomen servant will pay a heavy price of wasting tax payer money,

stop quota,

only those who deserve survive.

Hail ketuanan Rakyat.

MarsMaseira said...

stop quota? which quota?

kerana pemansuhan sistem kuota dan penggunaan meritokrasi di IPTA, berlambak-lambak-lambak anak bangsa kita terpinggir.dan yang memenuhi IPTA dalam bidang-bidang utama (sains dan teknologi)adalah bangsa minoriti itu. (untuk rekod: saya adalah graduan IPTA dalam bidang sains)

kerana sistem meritokrasi, jurang perbezaan lelaki dan perempuan amat besar. Kalau dulu disediakan 7 blok asrama lelaki dan 7 utk perempuan, sekarang hanya tinggal 4 sahaja utk lelaki.ini baru dalam satu kolej kediaman. (untuk rekod: saya juga bekas pemimpin pelajar di kolej kediaman)

nah. yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita itulah yang mewujudkan hak keistimewaan orang melayu. pastinya beliau bukan calang-calang orang. dan pastinya beliau mampu memandang begitu jauh, kalau tidak masakan wujud hak-hak istimewa ini.

kalaulah terhapus semua kuota, entah apa yang tinggal untuk bangsa majoriti.entah-entah tanah untuk kubur kita nanti pun harus dibayar sewa. siapa tahu?

bro. saya rasa ni off topic. tp saya saje reply comment before ni. mcm tak sesuai la letak kat cni. tp terpulang la kat bro, ur blog pon kan ", kite ni tumpang lalu aje.

bG said...

sebagai seorang pelatih..
aku rasa benda ni bagus, sebab yang masuk plkn kebanyakkan tak pernah berpisah dgn family, ada tu nak basuh baju pun tak reti..

maksud aku, dia dpt membentuk "self dicipline".. lagi satu, kita dpt kenal budaya org lain, mempelajari agama (kat plkn mmg wajib solat)..

tanya la kepada semua pelatih2, aku pasti hampir 90peratus akan cakap yang mereka rindu dengan plkn..

Anonymous said...

TAK WAJAR.
buang duit negara je.
buktinya aku bekas pelatih gak.
tapi sama je cam dulu.
HAHAHA

IT'S Me N.a.N.a said...

PLKN nie ok juga..

Anonymous said...

aku sbg peserta PLKN Kumpulan 2 siri 2 tahun 2005 amat bertuah cz dpt join PLKN..
mmg sgt berbeza life kt PLKN..
banyak perubahan yg leh kita dapat bila kuar dari sane..
ada antara kawan2 aku yg mula2 masuk perangai cm tapir dahagakan gadis..mmg celaka..
bila da masuk minggu2 terakhir beliau la yg menjadi inspirasi kebanyakan pelatih..perubahan beliau amat ketara..
yg penting hayati program 2 dgn penuh minat..
x salah kerajaan nk bantu anak muda ngn cara cmni..
nasihat/teguran da x bagi kesan kt mereka..
pendekatan mcm ni la yg kita nk,membimbing manusia dengan pemantauan berterusan bukan hanya bijak berkata2..
pembaziran x wujud kerana itulah yg harus d bayar dlm membina generasi terpimpin..
da macam2 kerajaan buat,tp adakah kita berterima kasih kpda kerajaan????

TIDAK!!
-kerana masyarakat kita hanya sentiasa mencari kesilapan d sebalik kejayaan-

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket