Sunday, May 1, 2011

Kartini Tembakau


         Assalammualaiku...

             Bertapa terharunye gua kerana dengan secara tidak senggaja telah menjumpai Buku yang gua anggap sebagai Karya terulung dinobatkan oleh gua sendiri. Dulu gua telah pun memiliki karya ini tetapi kehilangan ditelan zaman akibat habit meletak barang merata-rata. Sedang gua membelek-belek buku ilmiah di kedai buku Badan tetiba terpandang buku ni.

            Setelah ternampak buku ni dari jauh... segala bunyi heningan pasaraya menjadi sunyi, pandangan menjadi kabur hanya buku tu je yang clear, buku tu becahaya-cahaya, badan gua umpama terapung... hehehe tak de la sampai macam tu cuma perasaan jer..Actually gua sebenarnya penah baca komik ni suatu masa dahulu semasa gua remaja lagi. memang best plot ceritanya kerana ia membuatkan pembacanya berada disituasi percintaan monyet tersebut.

          Gua tak reti cite lebih-lebih... tapi korang boleh tengok sendiri gambar kat atas ni.. kalo korang perhati betul-betul macam diceritakan dalam satu gambar ni. Lihat lah murid-murid berbaris tu macam-macam gelagat, memang sebijik macam situasi gua masa sekolah-sekolah dulu. Babak ni masa Ayon kene Denda depan perhimpunan sebab Ngorat kartini kat kantin.


         Babak yang kat atas ni lagi kelakar giler... Sampai 3 hari pun gelak tak habis-habis. Babak ni masa Ayon baru lepas bagi surat cinta kat Kartini dan menunggu balasan. Situasi ni memang pernah jadi kat Gua kite masa kat sekolah dulu. Rasanye semua orang ada pengalaman macam ni. Sekarang may be tak de kot sebab zaman IT, semua dok pakai SMS dan FB jer..


           Yang ni Plak masa Ayon putus cinta sebab cintanya tidak berbalas.. Frustnyer seseorang itu memang boleh terbawa-bawa walaupun dalam mimpi.

           So kepada generasi sekarang, baik korang layan Karya yang penuh dengan kenangan realiti kehidupan ni. Ia akan mengimbas kembali zaman-zaman remaja korang. Kerana kite semua akan semakin tua dan meninggalkan jauh zaman remaja tersebut.

3 komen opah kamu:

Sethx Ramani said...

Awesome post with print screen ;)

super-1 said...

alo brader.........mane nak carik komik ni lg ha?? aku carik siot. aku pny dulu da hilang!!!

Unknown said...

Terbaik..buat link nak post fb

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket