Thursday, February 10, 2011

Getah Emas

         Getah semakin mahal sekarang. Alhamdulillah kepada penoreh-penoreh getah, tak disangka-sangka harga getah melambung tinggi. Dapat la orang-orang kampung menambah pendapatannya. Suka dengar kenaikan harga getah yang menaikan nama penoreh-penoreh getah yang menjadi sama level dengan Gaji Pegawai, Pengarah, Bos-bos.
         Tapi yang tidak best didengari bila keluar cerita-cerita tentang betapa gelojohnyer penoreh-penoreh tersebut sehingga keluar paper tentang torehan pada pokok muda. Pokok getah muda apabila ditoreh, ia akan mudah merosakan tisu dalaman pokok tersebut dan akan menyebabkan kulit getah tidak akan tumbuh kembali. Ini bermaksud, penoreh akan kerugian untuk tempoh akan datang walaupun ia mengguntungkan sekarang.
         Seperkara lagi, jangan mudah kelam kabut sehingga ia merugikan anda untuk tempoh yang lama. Dalam waktu-waktu bergini, mat gian pula semakin rajin bekerja iaitu bekerja sebagai mengutip getah sekerap secara volentire sehingga popular dalam youtube dibelasah secara melampau. Kesian jugak kat dia sebagai seorang ihsan manusia tp geram jugak sebab ia mencuri.

         Nak salahkan diaorang ni gelojoh pun tak bole jugak sebab kebanyakan diaorang ni terdiri dari orang-orang tua. Kalo tak pulun sekarang, bila lagi... Umur manusia sekarang ni jarang yang panjang. Jadi Fikir-fikirkan lah yang mana baik dan yang mana buruk. Sekian.

1 komen opah kamu:

Abang said...

Aku dah tgk video youtube tu... naya kena belasah...

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket