Bertapa terharunye gua kerana dengan secara tidak senggaja telah menjumpai Buku yang gua anggap sebagai Karya terulung dinobatkan oleh gua sendiri. Dulu gua telah pun memiliki karya ini tetapi kehilangan ditelan zaman akibat habit meletak barang merata-rata. Sedang gua membelek-belek buku ilmiah di kedai buku Badan tetiba terpandang buku ni.
Gua tak reti cite lebih-lebih... tapi korang boleh tengok sendiri gambar kat atas ni.. kalo korang perhati betul-betul macam diceritakan dalam satu gambar ni. Lihat lah murid-murid berbaris tu macam-macam gelagat, memang sebijik macam situasi gua masa sekolah-sekolah dulu. Babak ni masa Ayon kene Denda depan perhimpunan sebab Ngorat kartini kat kantin.
Yang ni Plak masa Ayon putus cinta sebab cintanya tidak berbalas.. Frustnyer seseorang itu memang boleh terbawa-bawa walaupun dalam mimpi.
So kepada generasi sekarang, baik korang layan Karya yang penuh dengan kenangan realiti kehidupan ni. Ia akan mengimbas kembali zaman-zaman remaja korang. Kerana kite semua akan semakin tua dan meninggalkan jauh zaman remaja tersebut.