Saturday, April 2, 2011

Cogito Allah Sum


          Novel yang gua baca ni is really best for internal heart. ia menyedarkan gua kepada maksud hati sebenar manusia. Novel ini mengisahkan seorang yang Ateis (tiada agama) yang selalu menyebut tentang tuhan itu tidak wujud.

           Namun dalam ketidak percayaan Rayyan kepada agama dan tuhan, tanpa ia sedari memang tuhan itu wujud dalam kepercayaan dirinya yang sebenar. Tanpa Allah, manusia seperti tengelam di lautan yang dalam tidak terapung dan tidak kedasar, berada ditenggah tengah air dalam keadaan lautan yang gelap, tiada bende yang boleh dipaut untuk memastikan diri selamat samada kehulu atau kehilir walaupun masih boleh bernafas.

          Kucing kesayangan nabi telah menunjukan kepada kita tanpa kita sedari, itu adalah jalanya. Kamu lihatlah kucing, Walaupun kamu sudah mandikan sebersih-bersihnya kucing itu sebenarnya masih tidak bersih setelah kamu mandikan ia, kucing itu pasti menjilat seluruh anggota badannya semula bagi memastikan benar-benar bersih. Sebenarnya kucing itu lah yang membersihkan dirinya, kamu hanya memangkinnya sahaja.

           Maka sinonim dengan kehidupan kita, setalah berbuat dosa, hanya diri sendiri sahaja yang boleh membersihkan dosa dirinya. Ustaz, Pak Imam, Pak Haji yang alim-alim hanya boleh membantu sahaja dari luaran. Diri sendiri sahaja yang boleh membersihkan diri sendiri.

Sedikit petikan dalam novel ini:

MUKASURAT 186 HINGGA 187.

"Ok...aku setuju. Namun sebelum perbincangan ini tamat, aku hendak bertanyakan sesuatu yang memerlukan ilmu logik yang tinggi dalam memahami sifat Tuhan,"balas Syafiq.'Apa dia?"tanyaku singkat.

         "Anggap saja kita sepakat tentang kewujudan Tuhan. Sekiranya wujud Tuhan dengan segala sifat Maha-Nya termasuk sifat Maha Pencipta. Aku nak bertanya, bolehkah Tuhan menciptakan perisai yang amat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya. Jadi, bolehkah Tuhan membuat sebuah pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa saja termasuk perisai tadi," tanyanya kepadaku.

          "Satu lagi pertanyaan, bolehkah tuhan menciptakan makluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diriNya? Bukankah dia Pencipta? Jika tuahan tidak dapat mencipta makhluk tersebut ini bererti Tuhan bukanlah bersifat Maha Pencipta.

MUKASURAT 206 HINGGA 208

        "Anakku....Rayyan, pertanyaan pedang dan perisai itu hampir sama seperti permintaan angka. Antara pedang dan perisai, sudah tentu kedua-duanya mempunyai kekuatan yang berbeza, namun kedua-duanya juga mempunyai fungsi kekuatan yang maksimum. Pedang kekuatanya mampu membelah dan menembus sebarang benda, sedangkan perisai pula tidak mampu ditembus oleh sebarang benda.

Dalam permainan angka ini, jika diandaikan kekuatan pedang itu adalah 5 point, maka kekuatan perisai juga adalah 5 point. Tetapi, disebabkan pedang dan perisai mempunyai kekuatan yang berlawanan, iaitu pedang mampu menembus dan perisai pula tidak tertembus, maka nilai point kekuatan kedua-duanya haruslah dibezakan. Misalnya, pedang kekuatannya '+5 point' sedangkan perisai'-5point', atau sebaliknya. Oleh itu, jika keduanya beradu kekuatan, maka operasi lawan dalam pengiraan logik matematik menjadi : +5+(-5)=0. Ha, nilai 'kosong' menunjukan bahawa tiada hasil atau boleh juga ditafsirkan sebagai kita meminta tuhan Tuhan untuk'tidak membuat apa-apa', maka, kita pun tidak akan mendapat sebarang hasil.

        Selain itu, ia boleh diumpankan seperti meminta seseorang untuk berjalan 5 meter kehadapan, seterusnya berjalan mundur 5 meter ke belakang. Hurm, sekarang ayah bertanya kepadamu, berapakah jarak gerakab orang tersebut berada? Dan arah manakah orang tersebut berada? Adakah dihadapan atau di belakang?,"jelas ayah seraya bertanya menguji pemahamanku.
"Kembali ke tempat asalnya, ayah, tidak berpindah ke mana pun. Ini disebabkan jarak gerakan ke hadapan dan ke belakang mempunyai jumlah jarak yang sama," jawabku dengan tegas.

...............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
...........................................

        "Seterusnya bagaimana pula dengan soalan kedua, ayah?,"...................................................
"Persoalan kedua merupakan pertanyaan yang mengecilkan erti kata 'Maha', anakku. Persoalan ini melibatkan pemikiran yang menjurus terhadap suatu yang belum difahami. Adakah Tuhan dapat menciptakan makhluk yang lebih kuat daripada diri-Nya? Ianya merupakan persoalan yang tidak sepatutnya,"jelas ayah.
................................................ seharusnya memahami terlebih dahulu erti kata 'Maha'. Dalam terminologi bahasa, erti kata 'Maha' itu sama dengan maksud 'tidak terhingga', sedangkan umum mengetahui 'tidak terhingga' itu untuk suatu nilai yang amat besar atau nilai yang paling besar. Akhir dari suatu nilai uang menunjukan bahawa tiada nilai yang lebih besar dari 'tidak terhingga' atau ' tidak terbatas'?," jelas ayah sambil bertanya kepadaku.
"Tidak ayah,"jawabku singkat.
.....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Aku mengangguk, tanda puas dengan penjelasan jawapan yang diberikan oleh ayah.
 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket