Thursday, July 23, 2009

Bakat Terselah

Dua hari lalu di tempat kerje gua telah diadakan mesyuarat dengan kehadiran semua bahagian. Rasanya lu orang semua tahu yang mesyuarat untuk kerje ni memang paling memboringkan.. Bos asyik bla... bla.. bla.. memang paling menyampah, itu tak kene ini tak kene..

Tapi bukan itu yang gua nak tonjolkan, yang gua nak tonjolkan adalah tentang bakat seni yang tercipta semasa mesyuarat itu dijalankan.. macam-macam hasil karya seni dihasilkan dalam mesyuarat tu.. Antaranya adalah hasil seperti dibawah ni...







Ini adalah antara karya yang dihasilkan oleh member disebelah aku...

Oleh kerana gua tak berapa kreatif, jadi gua cuma hasilkan kesenian melalui ilham awek di depan gua.. bole la dikatakan cun.. tapi memandangkan gua hasilkan menggunakan teknik cakar ayam, mungkin hanya orang yang paham sahaja akan kata awek tu cun melalui lukisan gua..



Amacam ada bakat tak gua... hahahah... hapuskan mesyuarat...

Saturday, July 11, 2009

Rumah Sewa

Gua sejak seminggu ni agak sibuk dengan kerja serta perpindahan ke rumah sewa yang baru. Agak memenatkan la jugak serta kos-kos untuk membeli barang kegunaan harian. Tapi bila dah duduk rumah sendiri ni agak bebas sikit sebab gua bole suka-suka hati bole kuak lentang dengan bebasnye dimana didalam rumah tu.

So, kepada member yang mengenali gua. bole la berkunjung ke rumah baru gua bila lu orang ada masa untuk turun ke tempat gua. Bawa la apa saguhati yang bole memeriahkan di rumah gua itu nanti.. hehe..

Saturday, July 4, 2009

Budget


Seorang pelatih PLKN akan mendapat RM 450.00 dalam masa 3 bulan masa latihannya.

mari gua kirakan average kosnye.

*purata setiap kumpulan adalah dalam 300 pelatih.

*1 tahun ada 3 kumpulan.

*seluruh negeri ada lebih kurang 80 kem PLKN.

Kos untuk 1 kumpulan = RM 450.00 x 300 pelatih
=RM135,000.00

Kos untuk setahun(3 kumpulan)=RM135,000.00x3
=RM405,000.00

Kos Keseluruhan(80 Kem)=RM405,000.00x80
=RM32,400,000

Kos kerajaan membayar elaun kepada pelatih PLKN sebanyak lebih kurang 30 juta, itu baru elaun sahaja, belum masuk makanan, pengangkutan, tempat tinggal, pakaian, dan sebangainya. Semua orang tahu tentang ini. So gua nak mintak pandangan orang ramai terutamanya bekas pelatih, mak bapak pelatih, jiran pelatih, member baik pelatih, berbaloikah kerajaan menghabihkan duit sebanyak ini untuk para remaja kita? berubahkan diaorang? berkesankah? apa pendapat lu orang? Sila bagi pandangan.

Kos tersebut sama banyaknya dengan kos satu misil peluru berpandu milik kementerian pertahanan kita untuk dilepaskan sebagai latihan sahaja (maklumat ini gua dapat dari fakta akhbar utusan malaysia). Maknannya sekiranya kementerian pertahanan kita melepaskan 1 misil untuk latihan kita tahun ini, kita telah belanjakan RM60 juta untuk 1 tahun (elaun pelatih + misil).

lu orang jangan baca sahaja... sila komen.. gua nak kaji selidik sekit..

Wednesday, July 1, 2009

Hobi

Mari berkongsi hobi ngan gua. Untuk pengetahuan lu orang gua adalah salah seorang peminat kartun anime japan seperti bleach, naruto, flame of recca, one peace... tapi yang paling gua ikuti adalah bleach & naruto.

Watak yang paling gua invite adalah uruhara Kisuke.. watak yang penuh misteri walhal dia adalah salah seorang yang terhebat. Tetapi sejak akhir2 ini, gua betul2 sibuk akibat kerja, so gua terpaksa harapkan juruteknik download gua iaitu Abang terer.

Walaupun gua duduk jauh dimata Abang Terer, tetapi kami dekat dijari... Gua akan mengcopy apa yang telah didowndload oleh Abang Terer. Senang Cite beb...

Disini Hobi gua itu tidak mati begitu sahaja walaupun sibuk sebab gua ada member yang 1 kepala jugak dalam bab-bab ni, oleh itu gua dan member gua tadi tu telah membuat beberapa collection berdasarkan keminatan kami. Sebelum gua publish kami punye collection. Gua telah meletakkan hasil collection kami di satu rumah sebab collection kami masih belum terlalu banyak, so kami gabungkan supaya nampak lebih improvice.

Walaupun barang ini tak terlalu mahal, tapi kira okay la puas hati juga sebab gua nak dapatkannya. barang macam ni la paling susah nak dapat patung naruto tu gua dapat RM5 je.. susah beb nak cari, tapi kalo nak cari yang RM100 memang belambak kat shopping complex.

yang ni pulak collection terbaru gua, Bumbblebee.. Lu orang mesti tau punye nak beli kat mana.. Gua mesti nak dapatkan lagi koleksi transformer di stesen minyak nanti, masalah penjualan model transfomer ni dijual secara berperingkat-peringkat.

yang ni pulak adalah collection yang paling terbesar gua.. Mungkin suatu hari nanti ia akan pupus bila kanak-kanak muncul dirumah ini..

 


XPUASATI © 2008. Design by: Pocket